SEJAUH MANA ORANG MELAYU MAHUKAN PERUBAHAN BERBANDING ORANG CINA?

POSTMORTEM 71 kerusi dipertandingkan di pilihanraya Negeri Sarawak.

DAP menghantar 15 tentera 12 mengapai kejayaan 3 lagi tumbang di medan perang. Pasukan PKR hantar 49 tentera harapan tapi dengan dukacita nya hanya 3 balik dengan selamat (mewakili DSAI, Wan Azizah dan Azmin) yang lain semua tak jumpa jalan balik. Manakala pejuang harapan dari PAS hantar 5 mujahid, kesemua berkubur terus di bumi Sarawak. Kesimpulannya batalion dari Pakatan Rakyat hanya menang 15 kerusi dari 71 yang dipertandingkan.

Berbalik kepada tajuk ini, hanya orang cina yang berani melakukan perubahan dalam Pakatan Rakyat. Kuasa ideologi orang Cina yang menyerlah. Perjuangan orang cina telah berjaya di bumi Sarawak. Kesemua bandar-bandar utama dikuasai oleh DAP. Pakatan Rakyat kalah di Sarawak, tapi Cina DAP memperolehi kemenangan besar di bumi Kenyalang.

Bagaimana dengan orang melayu? Hanya pandai bercakap sehingga tersembur air liur  serta terkeluar urat leher tetapi gagal membuktikan yang orang melayu mahukan perubahan berbanding orang cina? Syabas untuk orang cina!

About ayamteropong

This blog is in created with the aim to uphold justice, the defense on the fate of the people who suppress and current issues and political news.

Posted on May 10, 2011, in Berita Terkini and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a comment