Hanya Wan Azizah Yang Mampu Menyelamatkan Ummah Daripada Terus Dilanda Musibah Ini

Seorang pembaca Harakahdaily.net, Wan Nasuha Wan Hassan hari ini meminta Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bersumpah laknat atas nama Allah, bagi menafikan lelaki dalam video seks yang didedahkan trio ‘Datuk T’ bukan suaminya.

Ini kerana, tegas beliau, penafian lisan semata-mata oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebelum ini, tidak mampu meyakinkan rakyat, bahawa pelaku dalam video seks tersebut bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sebaliknya Wan Azizah pula yang diperlekehkan.

Pada masa sama, Wan Nasuha juga meminta Wan Azizah mengadakan sidang akhbar sebaik sahaja selesai bersumpah, bagi menunjukkan kepada umum bahawa jam tangan Omega milik Anwar ‘berada’ dalam simpanan beliau dan bukan dalam simpanan polis.

Menurut pembaca Harakahdaily itu lagi, Wan Azizah perlu mengambil tindakan tegas dan berani seperti itu, bukan sahaja bagi menamatkan ‘fitnah’ jijik terhadap Anwar tetapi yang lebih penting, untuk menyatukan semula ummah negara ini yang berpecah akibat pendedahan video seks.

“Hanya Wan Azizah sahaja di muka bumi ini yang berupaya menyelesaikan kekusutan ini. Beliau perlu akur bahawa isu video ini telah menjangkaui kepentingan peribadi, keluarga dan politik. Keharmonian ummah sudah terancam dan kestabilan negara telah tergugat.

“Hanya Wan Azizah yang mampu menyelamatkan ummah daripada terus dilanda musibah ini. Penafian lisan sahaja tidak cukup. Tambahan pula ‘si isteri’ adalah presiden parti yang berketua umumkan ‘si suami’,” katanya seperti dipetik dari http://harakahdaily.net.

Beliau yang sering menulis surat terbuka berkaitan isu semasa dan dipercayai aktivis Pas menambah, jika Presiden PKR itu bersumpah, segala ‘fitnah’ terhadap Anwar akan tamat kerana tiada insan rasional menolak kesahihan sumpah laknat apatah lagi, ia dilakukan sendiri oleh isteri kepada mangsa fitnah.

Dalam pada itu, Wan Nasuha berkeyakinan bahawa Wan Azizah sedar dan peka bahawa kewajipan Presiden PKR itu kepada Allah, untuk menegakkan kebenaran dan keadilan mengatasi segala pertimbangan duniawi.

“Sesungguhnya penyelesaian kepada isu ini terletak di tangan beliau. Saya amat berharap dan berdoa agar beliau menyambut baik cadangan ini. Seterusnya mengambil tindakan yang dicadangkan, insya-Allah,” ujarnya lagi.

Mengenai pendedahan video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu, Wan Nasuha berkata, sebagai isteri dan ibu, beliau bersimpati dan memahami penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh Wan Azizah sekeluarga.

Advertisements

About ayamteropong

This blog is in created with the aim to uphold justice, the defense on the fate of the people who suppress and current issues and political news.

Posted on May 19, 2011, in Isu Politik, Pas, Politik Semasa and tagged , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: