"Kita Mahu Kerajaan Pas Kelantan Senaraikan Semua Nama Syarikat Yang Terlibat Dan Senaraikan Semua Nama Penerima Program Ladang Rakyat,"

Pergerakan Pemuda UMNO negeri mengulangi desakan terhadap kerajaan Pas Kelantan supaya mengeluarkan kertas putih berhubung isu Ladang Rakyat yang kini semakin serius.

Bendaharinya, Datuk Bazlan Baharuddin bagaimanapun menjelaskan, pihaknya sama sekali tidak terlibat dengan perhimpunan aman yang disertai kira-kira 500 masyarakat Orang Asli di hadapan Pejabat Tanah dan Daerah Gua Musang pada pagi ini.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gua Musang berkata, tindakan masyarakat Orang Asli itu adalah luahan hati mereka sendiri yang kian terhimpit disebabkan tanah adat mereka diambil untuk aktiviti pembalakan, Ladang Rakyat dan perlombongan.

“Demonstrasi Orang Asli ini dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mereka sendiri dan tidak ada kena mengena dengan kami seperti didakwa Pas kerana mereka makin tertekan dan hilang punca pendapatan disebabkan masalah ini.

“Pendirian kami jelas meminta kerajaan Pas Kelantan supaya mengeluarkan kertas putih berhubung isu Ladang Rakyat seperti mana memorandum yang kita serahkan kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini,” katanya.

Lebih 500 masyarakat Orang Asli berkumpul secara aman di hadapan Pejabat Tanah dan Daerah Gua Musang pagi ini bagi menuntut pengiktirafan terhadap tanah adat seperti yang termaktub di dalam undang-undang.

Dua hari lalu, beberapa NGO termasuk Pergerakan Pemuda UMNO dan Pertubuhan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi Kelantan (OMBAK) mengadakan demonstrasi di hadapan Kota Darulnaim bagi menyerahkan memorandum mengenai penyelewengan Ladang Rakyat.

Ekoran itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menjelaskan lebih 50,000 hektar tanah telah dibangunkan sebagai Ladang Rakyat melibatkan kira-kira 10 syarikat.

Kesemua tanah itu dibangunkan atas nama Perbadanan Ladang Rakyat Negeri Kelantan manakala syarikat terbabit hanya membangunkannya sahaja.

Bazlan berkata, penjelasan yang diberikan oleh kerajaan Pas Kelantan baru-baru ini tidak mencukupi dan tidak menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh pihaknya.

“Kita mahu kerajaan Pas Kelantan senaraikan semua nama syarikat yang terlibat dan senaraikan semua nama penerima program Ladang Rakyat,” katanya.

Advertisements

About ayamteropong

This blog is in created with the aim to uphold justice, the defense on the fate of the people who suppress and current issues and political news.

Posted on May 19, 2011, in Isu Politik and tagged , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: