Rakyat Ditindas Pas Disebabkan Kurang Bekalan Air

Selepas menindas petani dengan merampas tanah mereka untuk projek ladang rakyat, kerajaan Pas Kelantan kini menindas golongan nelayan yang berpendapatan rendah dan rezeki tidak menentu apabila setelah 20 tahun memerintah isu bekalan air masih gagal diselesaikan.

Masalah nelayan ini ialah mereka tidak dapat bekalan air untuk membersih kapal dan minum di projek mega untuk nelayan oleh kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional yang bernilai RM85 juta iaitu Pelabuhan Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sehingga aktiviti ekonomi mereka  terganggu disebabkan kerajaan Pas Kelantan gagal menyelesaikan masalah bekalan air di daerah Pasir Puteh.

Biarpun pusat telah menyediakan pinjaman hampir RM600 juta untuk kerajaan Pas Kelantan sejak 11 tahun lalu namun masalah bekalan air bukan sahaja di Pasir Puteh malah diseluruh Kelantan masih berpanjangan yang tiada penyelesaiannya. Persoalannya apa pemimpin Pas buat selama 10 tahun setelah peruntukan diberikan dan kemanakah wang rakyat itu dibelanjakan.

Justeru Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Pasir Puteh, Zawawi Othman membuat pendedahan kepincangan Pas “berkonsepkan negara berkebajikan” dengan berkata projek besar pelabuhan itu bertujuan membangunkan bandar baru nelayan Tok Bali mungkin tidak menepati sasaran atau tergendala jika isu bekalan air tidak dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.

“Pelabuhan LKIM baru beroperasi bulan setelah ia siap dibina dan kekurangan air bersih bagi kegunaan bot laut dalam yang mendarat di situ kini sangat kritikal dan memerlukan perhatian segera kerajaan negeri,”

Pada majlis itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperuntukkan sebanyak RM31,600 untuk membayar elaun sara hidup kepada 185 nelayan yang menganggotai Persatuan Nelayan Kawasan Semerak bagi bulan lepas.

Turut hadir Pengarah LKIM Kelantan, Wan Mohd Adnan Wan Ibrahim dan Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Semerak, Datuk Mohd Jelani Jaafar.

Zawawi berkata perlabuhan LKIM berkenaan amat memerlukan bekalan air bersih sebanyak 50,000 liter setiap bot apabila mereka keluar ke laut dan ini tidak termasuk keperluan membasuh ikan ketika mendarat serta kegunaan awak-awak untuk mandi, minum dan membasuh.

Katanya pada masa ini mereka terpaksa mendapatkan air bersih di merata-rata tempat terutama bekalan air tiub yang tidak selamat digunakan pada kesihatan kerana ia mengandungi air masam kelat.

Beliau berkata kegagalan kerajaan negeri membekalkan air ke kawasan itu menjadi salah satu faktor besar proses pembangunan Tok Bali seperti “indah khabar dari rupa” walaupun ia amat berpotensi dimajukan dengan projek-projek yang berskala besar berasaskan ikan dan pelancongan.

Katanya ia juga menjadi punca kenapa Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak dapat melaksanakan projek yang telah dirangcang untuk mewujudkan sebuah institusi pengajian tinggi yang berasaskan kejuteraan laut walaupun tanah bagi tujuan itu telah dibeli daripada penduduk tempatan.

Sementara itu Wan Mohd Adnan berkata 60 peratus daripada jumlah hampir 400 bot laut dalam yang beroperasi di pelabuhan itu tidak mendarat di situ salah satu faktornya ketiadaan bekalan air bersih bagi memproses ikan yang didaratkan.

Katanya mereka terpaksa menjual hasil tangkapan ikan kepada sindiket atau orang tengah yang beroperasi di tengah laut.

Advertisements

About ayamteropong

This blog is in created with the aim to uphold justice, the defense on the fate of the people who suppress and current issues and political news.

Posted on June 21, 2011, in Melayu, Nik Ajis, Orang Asli, Pas, Pas Kelantan, Pemuda Pas and tagged , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: