Kerajaan Pusat Bina 2,384 Rumah Di Kelantan Melalui SPNB

Kerajaan Pusat melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah membina 2,384 buah rumah bernilai kira-kira RM16 juta di bawah Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) di Kelantan sejak lapan tahun lalu.

Pengarah Urusan SPNB, Datuk Dr. Kamarul Rashdan Salleh berkata, tidak berbangkit soal Kerajaan Pusat tidak membina rumah di Kelantan selepas kerajaan Pas mengambil alih negeri ini daripada Barisan Nasional (BN) sejak 1999.

Beliau diminta mengulas dakwaan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Kemudahan Asas dan Utiliti negeri, Datuk Mohd. Anizam Abdul Rahman, bahawa Kerajaan Pusat tidak pernah menghulurkan peruntukan kepada kerajaan negeri dalam menyediakan projek perumahan di negeri itu sejak 1999.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini mengakui keperluan perumahan di Kelantan masih tinggi tetapi gagal dilaksanakan kerana tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup.

Dr. Kamarul Rashan berkata, program perumahan ini mula diperkenalkan di Terengganu pada 2002 untuk membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

“Program ini diperluaskan ke Kelantan pada tahun berikutnya atas matlamat yang sama membantu golongan sasaran itu,”.

Beliau berkata dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), SPNB bercadang membina sebanyak 2,500 unit RMR di seluruh negara pada tahun depan.

Bagaimanapun, katanya, ia tertakluk kepada peruntukan yang disalurkan oleh Kementerian Kewangan.

Beliau berkata, setiap rumah yang dibina itu sekurang-kurangnya mengandungi tiga bilik tidur bernilai RM70,000 yang dibina atas tapak tanah milik sendiri.

Advertisements

About ayamteropong

This blog is in created with the aim to uphold justice, the defense on the fate of the people who suppress and current issues and political news.

Posted on July 9, 2011, in 1 Malaysia, Melayu, UMNO and tagged , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: