Peniaga Pasar Pasir Puteh Mendesak Pas Tunaikan Janji, Pas Membuat Janji 15 Tahun Lalu

Sudah 15 tahun penantian lebih 400 peniaga kecil yang menjalankan perniagaan dalam Pasar Besar Pasir Puteh menunggu kerajaan Pas Kelantan menunaikan janji mereka untuk membina pasar baru.

15 tahun adalah satu masa yang amat lama untuk mendapatkan pasar yang lebih moden dan Pas asyik mencanangkan idea itu di dalam akhbar Sinar Harian seolah-olah ia adalah projek baru.

Sejauh manakah Pas akan menipu rakyat Kelantan dalam isu itu sehinggakan rakyat sudah jemu dengan janji kosong pemimpin yang melaungkan dasar berkebajikan.

Justeru, atas faktor itulah seramai 20,000 rakyat Pasir Puteh datang ke majlis Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 Julai lalu sebagai sokongan mereka kepada Barisan Nasional (BN).

Ia memberikan isyarat yang nyata bahawa hanya BN parti yang mampu membawa perubahan dan Pas kini gagal biarpun 20 tahun memerintah.

Pengerusi Persatuan Penjaja Pasar Besar Pasir Puteh, Kamarzaman  Che Ngah, berkata keadaan pasar yang ada sekarang perlu dibina semula memandangkan keadaannya tidak sesuai lagi dalam persaingan yang semakin segit.

“Pasar yang ada sekarang tidak mempunyai kemudahan asas yang mencukupi seperti atap banyak yang bocor dan parking kereta yang terhad membebankan pengguna,”

Beliau berkata sebagai mengulas pembentangan kain rentang di pagar pasar itu antara lain menyebut kerajaan negeri akan membina pasar baru sehari sebelum Najib lawat Kelantan.

Ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Kebangsaan Seri Aman selepas itu Perdana Menteri berkata bukan sahaja membina pasar baru bahkan BN juga akan membangunkan Kelantan sekiranya diberi mandat pada pilihan raya umum kelak.

Sehubungan itu Kamarzaman berkata kelulusan itu sangat dialu-alu dan dinantikan bagaimanapun pemimpin kerajaan negeri Seorang peniaga peralatan dapur, Bakar Awang Besar, 70, berkata pasar yang ada sekarang terlalu rimas dan panas kerana bumbungnya terlalu rendah selain bocor di sana sini.

“Maklumlah pasar ini dibina sejak 25 tahun lepas ketika Kelantan dibawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sesuai pada masa itu,”

Rakannya, Ghazali Mamat, 51, yang berniaga barang-barang runcit berkata keadaan pasar yang ada sekarang sangat membimbangkan kemungkinan boleh berlaku kebakaran pada bila-bila masa disebabkan sistem pendawaian sudah melepasi tempoh yang ditetapkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Peniaga santan segar, Nor Hayati Said, 43, berkata beliau terpaksa membelanjakan lebih RM2,000 untuk membina jeriji di gerainya sebagai langkah keselamatan dari dimasuki pencuri pada waktu malam.

“Keadaan bangunan yang uzur membolehkan banyak peluang untuk pencuri pecah masuk kedai saya. Nak harapkan Pas membuat baik pulih tok sah nak haraplah,”

Advertisements

About ayamteropong

This blog is in created with the aim to uphold justice, the defense on the fate of the people who suppress and current issues and political news.

Posted on July 9, 2011, in Adun Pas, Melayu, Nik Ajis, Pas, Pas Kelantan, Pemuda Pas and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: