Timbalan Menteri Besar Kelantan Cuba Tutup Malu Sifat Tamak Pas

Setelah desakan pelbagai pihak kerana mengenakan bayaran parking di Stadium Sultan Mohammed IV, kerajaan Pas Kelantan cuba menutup sifat tamak mereka dengan mengatakan bayaran itu masih di peringkat cadangan.

Biarpun sudah banyak wang dikutip, namun dengan selambanya Pas mampu memberi penjelasan yang kurang memuaskan hati semua pihak.

Rakyat Kelantan, khususnya warga Bandar Kota Bharu tidak perlu bimbang berhubung cadangan mewujudkan ‘metro parking’ di bandar ini kerana ianya masih di peringkat kajian.

Pengerusi Perbadanan Stadium Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata  sehingga kini kerajaan negeri masih lagi mengkaji sejauh mana kesannya kepada masyarakat sekiranya perkara itu diadakan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sebuah berhubung wujudnya Metro Parking di sekitar stadium sehingga ianya dikatakan menyusahkan orang ramai serta lari dari konsep kebajikan kerajaan negeri.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, seterusnya berkata memang pihaknya ada menerima permohonan oleh pihak Metro untuk membuat bayaran letak kereta di situ, bagaimanapun ianya masih di peringkat kajian sejauh mana kesannya kepada orang ramai dan peniaga.

“Kita memang tidak berhasrat untuk mengenakan sebarang bayaran letak kereta, bagaimanapun kita menerima aduan dari pihak peniaga ada mereka yang tidak bertanggungjawab parkir kereta sehingga sehari suntuk di situ.

“Pihak kami juga merasakan, sekiranya ada bayaran untuk meletak kederaan di sekitar stadium, ianya akan memberi lebih ruang meletak kederaan yang lebih luas kepada mereka yang benar-benar ingin berurusan di situ memandangkan  pemilik kederaan tidak akan parkir kederaan mereka dalam tempoh yang lama,”

Amat malang ulasan seumpama itu diberikan kepada rakyat. Begitu mudah Pas melaksanakan sesuatu perkara yang membebankan rakyat dan mengatakan ianya di peringkat kajian.

Kalau Pas benar-benar ikhlas pulangkan semua wang rakyat yang telah membayar paking di stadium itu.

Tidak perlu berdolak-dalik dengan alasan kerana rakyat sudah nampak konsep kejam kebajikan Pas.

Advertisements

About ayamteropong

This blog is in created with the aim to uphold justice, the defense on the fate of the people who suppress and current issues and political news.

Posted on July 9, 2011, in Adun Pas, MPKB-BRI, Nik Ajis, Pas, Pas Kelantan, Pemuda Pas and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: