Manifesto Barisan Nasional (BN) Untuk Membela Nasib Rakyat Kelantan

Barisan Nasional (BN) Kelantan kini sedang memperincikan manifestonya bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, kata Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata perkara utama dalam manifesto itu adalah janji untuk mengadakan perumahan rakyat, pembinaan stadium dan tapak perhentian teksi jika BN berkuasa semula di negeri itu.


“Manifesto BN nanti adalah ringkas tetapi mencakupi kehendak semua rakyat Kelantan dan saya mahu manifesto ini dapat disiapkan dengan cepat.

“Draf manifesto ini juga kini dalam perincian dan saya mahu manifesto ini dapat menyentuh hati rakyat Kelantan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat merangka Manifesto BN Kelantan di sini, hari Ahad.

Mustapa berkata selain manifesto utama itu, manifesto tambahan juga akan dibuat di setiap Parlimen mengikut keperluan setempat.

Beliau berkata bagi projek perumahan rakyat, kerajaan Pusat telah melaksanakan lebih awal yang kini sedang dalam proses pembinaan di Galas seperti yang dijanjikan pada pilihan raya kecil itu sebelum ini.

“Belum pilihan raya lagi kita kini sedang dalam proses menyiapkan 1,000 unit projek perumahan rakyat dan kita harap rakyat tahu betapa komited kita untuk menunaikan setiap janji pada pilihan raya,”

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata segala apa yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa melawat ke negeri itu 2 Julai lalu akan dijadikan perhatian dalam manifesto itu.

Semasa lawatan itu, Najib telah mengumumkan beberapa perkara kepada rakyat Kelantan iaitu pembinaan stadium baru yang canggih dan juga mengadakan lebih banyak perumahan rakyat yang sangat diperlukan penduduk negeri itu.

Advertisements

About ayamteropong

This blog is in created with the aim to uphold justice, the defense on the fate of the people who suppress and current issues and political news.

Posted on July 11, 2011, in 1 Malaysia, Melayu, UMNO and tagged , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: