Category Archives: Agenda

Pesanan Untuk Anak – Anak Muda

Dalam tutorial ini, perbezaan antara anak-anak muda akan dibincangkan, dan pedoman yang sewajarnya akan diberikan.

Anak-anak muda ialah ‘rebung’ yang arahnya masih dapat ditentukan. Oleh itu, perhatikanlah pembawaan baik untuk dijadikan contoh.

Pertama, perlu dicatatkan, pada masa ini akibat ketidaktenteraman masyarakat, anak-anak muda berada dalam suasana tidak tentu arah berkaitan hal agama dan budaya. Keadaan ini tidak disedari anak-anak muda, kerana segala-gala di sekeliling mereka seolah-olah merestui keadaan kacau ini.

Mereka yang menconteng tembok, melontar batu ke kereta api, menyimbah asid ke arah perempuan, dan pelaku-pelaku kekejaman yang pelbagai, adalah hasil ketidaktenteraman yang demikian. Jika mereka sedar, mereka pasti akan berhenti berbuat demikian. Read the rest of this entry