Category Archives: Analisis Politik Semasa

Kejatuhan PAS, PKR, DAP Kini Sudah Bermula

Kegagalan perhimpunan haram bersih memberi isyarat positif kepada Barisan Nasional (BN) kerana rakyat yakin kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Manakala bagi pembangkang, ia memberi isyarat negatif bahawa DAP, PKR dan Pas akan kalah teruk pada pilihan raya umum ke 13 nanti.

Read the rest of this entry

Advertisements

Pemahaman, Amalan Politik Kita

Agak besar jumlah orang yang percaya bahawa ada pertentangan hebat dan mutlak di antara puak-puak politik di Malaysia. Mereka percaya ideologi ialah penentu pertentangan itu.

Kepercayaan itu membosankan saya, dan juga orang lain yang memahami politik. Ahli-ahli politik kita sebenarnya berpusing-pusing, yang itu-itu juga.

Tidak perlu saya ulangi, permusuhan antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat bukanlah permusuhan antagonistik. Tidak mungkin para pemimpin atasan parti-parti itu bermusuh kerana perjuangan. Hadir dalam diri mereka ialah perebutan, kerana yang akan dipilih oleh rakyat ialah salah satu daripada dua kumpulan itu.

Read the rest of this entry

Prof Aziz Bari Sifatkan Pas Amalkan Politik Mundur, Tidak Demokratik

Penganalisa Politik Pas, Prof Abdul Aziz Bari menyifatkan pemimpin Pas tidak mengamalkan sistem politik demokrasi dalam partinya kerana pemimpin Pas tidak mengambil sikap bertanggungjawab dalam kegagalan dalam tugas parti.

Beliau berkata di dalam politik moden atau politik berdemokrasi pemimpin parti akan bertindak melepaskan jawatan disandangnya setelah beliau gagal dalam tugas atau melaksanakan tanggungjawab parti. Read the rest of this entry

Tidak Mustahil BN Dapat Kerusi Dua Pertiga Jika Rakyat Bijak Memilih Parti

Kejayaan Barisan Nasional (BN) memperoleh kerusi parlimen melebihi dua pertiga pada pilihan raya umum (PRU) ke-10, 2004 tidak mustahil akan berulang jika rakyat bijak memilih parti yang layak memerintah negara, kata Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim.

Beliau berkata pada pilihan raya itu BN memenangi 198 daripada 219 kerusi parlimen dan merupakan majoriti terbesar sejak tahun 1978.

Katanya mengikut trek rekod sebelum ini dan transformasi yang dibawa kerajaan BN sepatutnya menggambarkan kredibiliti parti itu. Read the rest of this entry

PAS Akan Tercicir Kelantan Dalam PRU 13

Muktamar PAS pertengahan tahun ini akan menyaksikan ke arah manakah para perwakilan PAS ingin membawa komitmen Parti Islam Se Malaysia bagi berhadapan dengan Pilihanraya Umum Ke 13 akan datang.

Tiga keputusan yang bakal menyusur. Pertama, mengekalkan tekad PAS memperjuangkan Islam sepenuhnya dan mempertahankan kedudukannya di kubu-kubu tradisinya di Negeri-Negeri Melayu. Kedua, melebarkan arus tsunami 2008 dengan meneruskan usaha meraih sokongan pemilih-pemilih bukan Melayu dan bertapak di kerusi-kerusi campuran di bandar. Atau ketiga, mengekalkan momentum 2008 disamping mempertahankan kedudukannya di kubu-kubu tradisinya di Negeri-Negeri Melayu.

Pilihan yang pertama dan ke tiga boleh mencalari komitmennya terhadap Pakatan Rakyat. Pilihan yang kedua pula boleh mengakibatkan keciciran sokongan terhadap PAS di kubu-kubu tradisinya di Negeri-Negeri Melayu. Read the rest of this entry