Category Archives: Bazar Tok Guru

Kerajaan PAS Menzalimi Rakyat Kelantan

Dua kejadian dalam dua isu besar di negeri ini memberi pengajaran yang amat berguna kepada UMNO Kelantan. Pertama, berhati-hati supaya tidak makan diri.

Isu pertama, Bazar Tok Guru, bila sampai kemuncaknya dan jalan penyelesaian, secara tiba-tiba Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB berubah nada, malah memohon maaf kepada Kerajaan Pas Kelantan kerana salah faham dengan ‘niat baik’ tok guru Nik Aziz biarpun sebelum ini mereka dihalau bagai anjing di atas bumi serambi Mekah ini.

Isu kedua, Setesen Teksi Pasir Puteh, bila sampai kemuncaknya secara tiba-tiba Persatuan Pemandu Teksi Pasir Puteh menjelaskan bahawa Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) tidak bersalah biarpun sebelum ini diberi surat supaya berpindah daripada tapak tersebut.

Read the rest of this entry

Lubang Kubur Tok Guru Di Besarkan Untuk Kroni…

… dan peniaga Melayu terus rasa diri mereka di tipu.

Peniaga kemboja dikelek dan disusukan, diberi pelbagai keutamaan, bagaimanapun peniaga Melayu Kelantan, yang dijanjikan ruang niaga hebat dua hari sebelum Pilihanraya Umum 2008 terus dipinggirkan.

Begitulah rintihan ahli-ahli Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB yang sudah tiada pilihan lain melainkan terpaksa berpindah juga ke Bazar Tok Guru dikini lebih terkenal dengan jolokan Lubang Kubur Tok Guru. Read the rest of this entry