Category Archives: Berita Politik

Stadium Baru Salah Satu Manifesto BN Pilihan Raya Di Kelantan

Rakyat Kelantan bakal mendapat sebuah stadium baru sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Itu janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat Kelantan yang mahu sebuah stadium baru dibina bagi menggantikan stadium Sultan Muhammad Keempat, yang semakin uzur.

Kata Najib, bagi membuktikan komitmen kerajaan pusat, janji itu akan dijadikan sebahagian manifesto pilihan raya BN Kelantan yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Read the rest of this entry

Pemahaman, Amalan Politik Kita

Agak besar jumlah orang yang percaya bahawa ada pertentangan hebat dan mutlak di antara puak-puak politik di Malaysia. Mereka percaya ideologi ialah penentu pertentangan itu.

Kepercayaan itu membosankan saya, dan juga orang lain yang memahami politik. Ahli-ahli politik kita sebenarnya berpusing-pusing, yang itu-itu juga.

Tidak perlu saya ulangi, permusuhan antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat bukanlah permusuhan antagonistik. Tidak mungkin para pemimpin atasan parti-parti itu bermusuh kerana perjuangan. Hadir dalam diri mereka ialah perebutan, kerana yang akan dipilih oleh rakyat ialah salah satu daripada dua kumpulan itu.

Read the rest of this entry

Kerana Nik Aziz, Penyokong Tegarnya Bergaduh Sesama Sendiri

Tarikh: 03/06/2011 Masa: 0715

Pada pagi ini terompah ke Kampung Kubang Bunut, Mekasa Pasir Mas, Kelantan. Terompah masuk ke dalam sekumpulan penyokong tegar PAS yang lebih kurang 15orang, iaitu kedai kopi Kampung Kubang Bunut, untuk sarapan pagi.

Semasa terompah tengah berselera makan nasi berlauk gulai ayam kampung, tetiba terompah terkejut terdengar bunyi meja makan di tepuk oleh penyokong tegar PAS, bila terompah tumpukan pendengaran pada pertengkaran kecil itu. Read the rest of this entry

Biar Pecah Di Perut, Jangan Di ‘WikiLeaks’

TERINGAT saya satu peribahasa Melayu – biar pecah di perut, jangan pecah di mulut. Memang orang kita dulu – dulu begitu ketat menyimpan rahsia. Walaupun perut terburai @ mati, mulut tetap tertutup rapat, rahsia tidak terbongkar.

Agaknya ramai orang sekarang tidak tahu pun wujud peribahasa seperti itu, sebab itu mereka tidak pandai menyimpan rahsia. Benda-benda pelik dalam kelambu pun boleh diketahui umum.

Perkara ini menjadi keprihatinan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin. Beliau kesal hal – hal parti yang diputuskan dalam mesyuarat tertutup boleh bocor sebaik sahaja mesyuarat selesai.

Katanya, walaupun UMNO mengamalkan konsep keterbukaan dan ketelusan, budaya kerahsiaan perlu dihormati dan dipatuhi demi kebaikan dan kepentingan parti. “Kita ada pengalaman… lepas mesyuarat bukan sahaja dedahkan melalui Facebook dan Twitter tetapi terus SMS,” katanya. Read the rest of this entry

Bayangan Kekalahan Pas Di PRU-13, Sokongan Terhadap Nik Aziz Semakin Menurun

Laporan Berita Harian menunjukkan Kajian pendapat oleh sebuah syarikat perundingan dan penyelidikan, mendedahkan penerimaan rakyat Kelantan terhadap kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, menurun kepada 48.3 peratus, berbanding 76 peratus pada 2006 kerana beberapa faktor, termasuk penentangan rakyat di negeri itu terhadap kerjasama PAS dengan DAP.

Bagaimanapun, kajian oleh Social Matrix Research (SOCMAT) itu mendapati penerimaan rakyat Kelantan terhadap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed melonjak kepada 31 peratus berbanding enam peratus pada 2006, manakala Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin meningkat kepada sembilan peratus. Read the rest of this entry

Tiket Untuk Ke Syurga..!

Pak Cu Keri berhadapan dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sambil dikelilingi oleh beberapa orang ‘Malaikat’ yang telah berjaya membawa Pak Cu dari pintu neraka ke lobi syurga di Pejabat Menteri Besar Kelantan.

“Ambo dulu Pas, pastu ambo tubik masuk UMNO. Ambo ni Tok Guru, tak juruh. Ambo minum arak, ambo main tino, ambo buwi dadah ke budak-budak….” antara pengakuan yang terhambur dari mulut Pak Cu.

Tok Guru Nik Aziz memandang ke arah Pak Cu yang penuh gaya seorang samseng dan merupakan samseng peliharaan Tan Sri Annuar Musa sebelum ini. Pak Cu adalah lagenda di Kok Lanas. Pengaruhnya di kalangan golongan belia dikatakan kuat sehingga berjaya membantu mencuri undi orang-orang muda dari PAS ke BN. Read the rest of this entry

Pemimpin Tak Berjiwa Rakyat Halang Perpaduan Melayu

Sikap segelintir pemimpin pembangkang yang tidak berjiwa rakyat akan menyukarkan perpaduan bangsa Melayu dan merugikan bangsa sendiri, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Katanya beliau kecewa kerana ada pemimpin PAS mengeluarkan kata-kata kesat kononnya Umno dalam keadaan lemah dan sebab itulah ia bercakap mengenai perpaduan kedua-dua parti itu.

“Jika pemimpin PAS berjiwa rakyat, mereka tidak wajar mencerca Umno. Dalam berpolitikpun, bila sebut mengenai perpaduan, dalam hati kecil, kita mahu melihat ia berlaku (dan) masanya sudah tiba bagi orang Melayu memikirkan soal perpaduan ini,” kata Mukhriz kepada Bernama di sini pada Khamis. Read the rest of this entry

Kerajaan Berkebajikan? UUM Tidak Penting Di Kedah?

email pembaca…

Ini jawapan Kerajaan Negeri Kedah berhubung isu rebat cukat tanah UUM yang disiarkan di laman web www.kedah.gov.my untuk bacaan dalam kurungan ialah ulasan peribadi saya …

Mengapa permohonan rebat cukai tanah UUM ditolak Kerajaan Negeri? Read the rest of this entry

Pas Sombong Ketika Berdepan Realiti

Barisan Nasional (BN) Kelantan menyifatkan keangkuhan Pas menerima ajakan UMNO mengadakan perbincangan disebabkan kesombongan parti itu berdepan realiti masyarakat hari ini.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Rusdi Abd Azizi berkata, Pas tidak perjuangkan Islam dan bangsa Melayu, sebaliknya hanya fokus politik serta kekuasaan semata.

Menurutnya, setiap perkara dan masalah yang berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) termasuk kes liwat dan video salah laku seks didakwa melibatkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyentuh moral serta maruah tetapi Pas sedia menerimanya. Read the rest of this entry

Sikap sebenar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim

Yang selama ini berselindung di sebalik topeng agama semakin terserlah apabila sanggup menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan gelaran yang tidak sepatutnya.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, Anwar panik kerana rakyat sudah bijak menilai peribadinya dan semakin menolak kepimpinan beliau yang jelas tidak mempunyai prinsip dan hala tuju.

“Justeru, Anwar melancarkan pelbagai serangan yang boleh merendahkan keperibadian Perdana Menteri khususnya kepada penyokong tegarnya walaupun ia bertentangan dengan agama serta tatasusila peradaban manusia. Read the rest of this entry