Category Archives: Berita Semasa

Pemahaman, Amalan Politik Kita

Agak besar jumlah orang yang percaya bahawa ada pertentangan hebat dan mutlak di antara puak-puak politik di Malaysia. Mereka percaya ideologi ialah penentu pertentangan itu.

Kepercayaan itu membosankan saya, dan juga orang lain yang memahami politik. Ahli-ahli politik kita sebenarnya berpusing-pusing, yang itu-itu juga.

Tidak perlu saya ulangi, permusuhan antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat bukanlah permusuhan antagonistik. Tidak mungkin para pemimpin atasan parti-parti itu bermusuh kerana perjuangan. Hadir dalam diri mereka ialah perebutan, kerana yang akan dipilih oleh rakyat ialah salah satu daripada dua kumpulan itu.

Read the rest of this entry

Advertisements

Perpaduan Pas-UMNO: Ambil Iktibar Fatah, Hamas

Pas sepatutnya mengambil iktibar daripada perjanjian damai antara Hamas dan Fatah ketika UMNO menghulurkan “salam perpaduan” kepadanya, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir.

Beliau berkata, perkembangan terbaru mengenai hasrat penyatuan Hamas dengan Fatah adalah contoh terbaik sebagai ukuran kepada kerjasama Pas-UMNO dalam usaha menyatukan umat Islam di negara ini.

Katanya, penyatuan antara dua parti terbesar kaum Melayu itu sebenarnya perlu demi kepentingan bangsa, agama dan negara. Read the rest of this entry

Najib, Angka 11, Dan Tarikh Pilihan Raya

Hari ini Datuk Seri Najib Razak bersiaran secara lansung di Radio Hot FM dan 8TV. Apa yang menariknya beliau mencetuskan isu ada yang mengatakan tarikh pilihanraya ke-13 pada 11 November 2011.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mencetuskan teka-teki bahang pilihan raya umum ke-13 dengan berkata ia mungkin diadakan pada satu tarikh atau bulan yang mempunyai nombor kegemarannya, 11. Read the rest of this entry

Nik Aziz Pengkhianat Islam

Nik Aziz pengkhianat Islam, mungkin itu maksud yang disampaikan oleh Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya.

Mana tidaknya al Mursyidul Am Pas itulah yang menjadi penghalang utama untuk mewujudkan kesatuan umat Melayu dan Islam yang utuh dan tidak boleh diganggu gugat mana-mana pihak. Read the rest of this entry

Penyatuan UMNO-Pas Untungkan Semua Kaum

Penyatuan UMNO dengan Pas dalam Barisan Nasional (BN) diyakini bukan sahaja menguntungkan orang Melayu, malah semua kaum di negara ini.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, apabila orang Melayu bersatu menerusi UMNO dan Pas yang kedua-duanya mempunyai pengaruh besar dalam arena politik tanah air, ia menyumbang kepada kestabilan politik negara dan pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau berkata, kestabilan politik merupakan tarikan utama yang membolehkan ekonomi berkembang selari dengan pertumbuhan negara. Read the rest of this entry

PAS KATA ESKAY PERALATKAN RUMAH ALLAH…

Apa kejadahnya PAS nak tuduh Eskay permainkan sumpah dan memperalatkan rumah Allah? Bukan ke selama ni PAS yang biar kekasih gelap dorang dalam Pakatan menghina Islam dan jugak menghina surau serta masjid?

So apahal pulak puak-puak ketayap ni nak tuduh orang lain menyesatkan umat Islam sedangkan perkara tu dorang sendiri yang amalkan? Read the rest of this entry

PAS TAK JOIN BN SEBAB NAK BERDAKWAH KEPADA DAP…

Apahal pulak Mufti Perlis ni nak sibuk suruh PAS bersatu dengan UMNO? Takkan Tok Mufti ni tak faham bila Nik Aziz kata PAS tak akan terima perpaduan dengan UMNO?

Bagi Nik Aziz, UMNO tak mengamalkan ajaran Islam. Hanya PAS yang layak memperjuangkan Islam sebab pemimpin dorang pakai serban dan jubah… Read the rest of this entry

Masihkah Kau Ingat…

Bagi anak muda mungkin mereka tidak kenal dengan Kopratasa yang terkenal dengan lagu Masihkah Kau Ingat.

Bagi mereka yang amat mengenali lagu ini, pasti bersetuju sekiranya ia ditujukan kepada Pas Kelantan bagi mengingatkan janji-janji mereka yang dilaksanakan ketika mula-mula memerintah negeri ini.

Masihkah Kau Ingat – ketika mula-mula Pas memerintah negeri bagaimana pelancong diwajibkan menutup aurat ketika menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

Semua pelancong tidak kira Mat Salleh, Melayu, Cina atau India wajib memakai jubah yang disediakan di lapangan tersebut. Alhamdulillah penguatkuasaan dan satu dasar yang bagus. Read the rest of this entry

Realiti Politik Perkauman DAP dan Yang Anda Mesti Tahu…!

SEJARAH perjuangan parti ini bermula apabila Singapura menyertai Malaysia pada 1963 dengan Lee Kuan Yew memimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) di negara itu yang berideologi sosialis.

Semasa Malaya mencapai kemerdekaan tidak ada parti perkauman seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), yang ada parti sosialis yang ditolak sebahagian besar rakyat. Apabila Singapura keluar dari Malaysia pada 1965, DAP menggantikan PAP di negara ini dan sejak itu DAP bertanding dalam setiap pilihan raya umum (PRU) dengan fahaman yang menolak sistem politik berasaskan pelbagai kaum.

DAP dilihat sebagai parti yang hanya memperjuangkan kaum Cina, walaupun dianggap sebagai partai sosialis. Prestasi DAP mula meningkat pada PRU 1969, dengan memperoleh 13 kerusi Parlimen. Prestasi paling tinggi adalah dalam PRU 1986 (24 kerusi Parlimen) dan kemuncaknya dalam PRU 2008 (28 kerusi). Read the rest of this entry

Pengkhianat Islam

Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara UMNO dan Pas sebagai pengkhianat Islam.

Selain itu beliau berkata, mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.

“Penyatuan (UMNO dan Pas) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Isu penyatuan serta kerjasama antara UMNO dan Pas bukan satu perkara baru malah ia telah dibincang serta dibahaskan sejak sekian lama sama ada di media mahu pun di kalangan rakyat. Read the rest of this entry