Category Archives: Berita Terkini

Siapa Sebenarnya Yang Rasis?

Sebelum ini beberapa kes guru Melayu yang didakwa rasis oleh DAP hinggakan mendesak Kementerian Pelajaran mengambil tindakan. Orang yang paling lantang bersuara adalah Lim Kit Siang yang bermati-matian mahu tindakan diambil malah turut mendesak satu usul agar isu ini dibahas di Dewan Rakyat.

Desakan dan tekanan yang dilakukan oleh Kit Siang hanya kerana guru-guru tersebut adalah terdiri daripada orang Melayu.

Atas semangat 1Malaysia, kerajaan tidak akan sesekali menyokong tindakan mana-mana guru yang mengeluarkan kenyataan rasis. Walaupun berlaku kes terpencil yang boleh dijalankan siasatan dan tindakan secara tertutup sebaliknya diperbesarkan kerana kepentingan politik DAP dan pakatan pembangkang.

Kita semua sedia maklum cara Kit Siang membakar api kebencian terhadap guru-guru Melayu hingga menjejaskan keharmornian sesama kaum di negara ini. Read the rest of this entry

Terima Hakikat Islam Agama Rasmi Persekutuan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata semua pihak harus menerima hakikat bahawa Islam adalah agama rasmi negara dan ia tidak boleh diubah dalam apa jua keadaan.

“Ia adalah kerana realitinya kita mempunyai Perlembagaan Negara dan peruntukannya adalah amat jelas tentang kedudukan Islam dan agama-agama lain.

“Dalam apa jua keadaan, Perlembagaan Negara tidak boleh dipinda dan oleh itu semua pihak tidaklah seharusnya merasa bimbang, gundah gelana, ataupun gelisah di dalam hal ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan 22 pemimpin dan cendekiawan Islam di sini Rabu. Read the rest of this entry

SEJAUH MANA ORANG MELAYU MAHUKAN PERUBAHAN BERBANDING ORANG CINA?

POSTMORTEM 71 kerusi dipertandingkan di pilihanraya Negeri Sarawak.

DAP menghantar 15 tentera 12 mengapai kejayaan 3 lagi tumbang di medan perang. Pasukan PKR hantar 49 tentera harapan tapi dengan dukacita nya hanya 3 balik dengan selamat (mewakili DSAI, Wan Azizah dan Azmin) yang lain semua tak jumpa jalan balik. Manakala pejuang harapan dari PAS hantar 5 mujahid, kesemua berkubur terus di bumi Sarawak. Kesimpulannya batalion dari Pakatan Rakyat hanya menang 15 kerusi dari 71 yang dipertandingkan. Read the rest of this entry

MESTI BACA!!! Bukti Kristianisasi Dalam Program DAP.

Korang tengok betul-betul gambar diatas tu.. Gua dapat gambar tu masa PRK Sibu.. Cuba korang perhatikan isyarat tangan yang dorang tu tengah buat.. Untuk pengetahuan korang, itulah simbol “eye seeing all”..

Selain didalam kumpulan Illuminati, korang kena tahu bahawa simbol Eye Seeing All ni jugak terdapat dalam agama Kristian. Dalam versi Kristian, simbol tu mewakili Holy Trinity iaitu tiga tuhan yang dorang percaya. Read the rest of this entry

Isu Kristian – Di Mana Pendirian Pas Dan Al-Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz

Semalam Terompah dedahkan cerita yang dikutip dari dua blog mengenai wakil rakyat DAP, Jeff Oii nafi dia anjur program untuk himpunkan paderi-paderi Kristian.

35 paderi berdiri dalam bentuk bulatan berpegangan tangan sambil berikrar untuk jadikan Kristian sebagai agama persekutuan dan Perdana Menteri dari Kristian.

Yang peliknya, pemimpin Pas seorang pun terutama al-Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat takut untuk bersuara sedangkan ia menyentuh kedaulatan dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi. Benar laporan Terompah tidak semestinya berasas tetapi apa salahnya Nik Aziz mengambil langkah pencegahan lebih awal dengan menyerahkannya kepada polis untuk jalankan siasatan. Read the rest of this entry

Ladang Menipu Rakyat, Penjelasan Kerajaan Pas Kelantan.

KOTA BHARU_ Selepas didesak berulang-ulang oleh UMNO Kelantan dan beberapa siri pendedahan yang dibuat oleh penduduk kampung mengenai tanah mereka yang dirampas, akhirnya Kerajaan Pas Kelantan menerusi agensinya Perbadanan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (PLRNK) membuat penjelasan.

Namun penjelasan tersebut hanya berkisar tentang perkara-perkara asas dan tidak menjawab persoalan mengenai kaedah pelaksanaan dan untung nasib rakyat negeri ini hasil daripada ladang tersebut. Read the rest of this entry

PERKASA Beri Tempoh 2 Minggu Kepada POLIS

Kuala Lumpur 8 Mei – Pertubuhan Peribumi Perkasa memandang serius isu pihak Gereja yang cuba menjadikan Agama Kristian sebagai agama rasmi Malaysia menurut Presien Perkasa Dato Ibrahim Ali yang mengadakan sidang media bertempat di Kelab Sultan Sulaiman. Read the rest of this entry

Protes Ke Atas DAP Pineng Ramai Di Tangkap

Pagi tadi satu demonstrasi di adakan di Pulau Pinang di atas isu Ugama dan juga penipuan yang di lakukan Lim Guang Eng ketua Menteri. Dalam Demo aman tadi beberapa orang telah di tahan pihak Polis bagi siasatan lanjut. Read the rest of this entry

Husam Patut Jalani Ujian Poligrafi

Disebabkan terlalu lama tidak mendapat perhatian media, baru-baru ini, Exco Kelantan, Datuk Husam Musa mengeluarkan cadangan supaya Datuk Shazryl Eskay menjalankan ujian poligraf bagi membuktikan dia tidak berbohong.

Nampaknya Husam sudah tidak percaya kuasa Allah, Husam lagi percaya lie detector test.

Apakah ini pendirian PAS? Apakah maknanya pada Husam, Allah boleh ditipu dengan sumpah? Mungkin Husam biasa buat kot. Read the rest of this entry

Kristian: Perkasa Buat Laporan Polis Di Seluruh Negara

Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) hari ini membuat laporan polis di seluruh negara berhubung laporan berita yang mendakwa wujudnya agenda untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, sehingga petang ini sudah 10 laporan polis dibuat bagi meminta pihak berkuasa menyiasat segera laporan itu yang dianggap serius.

“Ini soal sensitiviti dan ia sangat serius dan sebab itu Perkasa membuat laporan polis ini untuk menyiasat segera perkara ini agar tidak berlarutan. Read the rest of this entry