Category Archives: Dalam Negeri

Sultan Kelantan Mahu Lebih Banyak Infrastruktur Termasuk Jalan Dibina Untuk Kemudahan Rakyat

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mahukan lebih banyak kemudahan infrastruktur termasuk pembinaan jalan untuk rakyat negeri itu dilaksanakan bagi merancakkan lagi ekonomi dalam negeri.

Baginda bertitah pembangunan infrastruktur untuk negeri Kelantan adalah penting kerana ia memberikan kemudahan untuk rakyat dalam mendapatkan perkhidmatan terbaik kerajaan.

Sambil mendedahkan bahawa Baginda sentiasa turun padang melihat rakyat dengan menaiki kenderaan, Sultan Muhammad V bertitah pembinaan infrastruktur seperti jalan-jalan raya amat penting bagi menjana ekonomi setempat kerana jalan raya menghubungkan rakyat dengan dunia di luar. Read the rest of this entry