Category Archives: Datuk Seri Najib Tun Razak

Tidur Saya Tetap Jendera

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kata-kata kesat yang dilemparkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas dirinya tidak menjejaskan waktu tidur beliau.

“Ini tak menyebabkan saya tak tidur jendera (lena) waktu malam kerana dia (Anwar) buat sebutan sebegitu sebab saya yakin rakyat boleh menilai perbuatan yang dilakukan oleh pemimpin sepertinya,” katanya.

Najib menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebagai sudah terjebak mengamalkan politik tidak beretika dan yakin rakyat boleh menilai sikap sebenar Anwar.

Tegas beliau lagi, perbezaan pendapat boleh diterima di dalam politik tetapi seharusnya tertumpu kepada soal dasar dan isu-isu berkaitan kepentingan rakyat dan bukannya dengan menyerang peribadi orang lain. Read the rest of this entry

Deejay Hot FM Teruja Temu Bual Najib

Suasana ceria sewaktu Fara, Faizal dan Kieran menemubual Najib di studio Hot FM di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Jumaat.

Tiga deejay radio Hot FM iaitu Fara Fauzana, Faizal Ismail dan Kieran berkongsi perasaan teruja apabila berpeluang menemu bual Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara langsung di studio radio itu di Sri Pentas, Bandar Utama, di sini, pagi Jumaat.

Najib hadir memenuhi slot AM Krew selama sejam yang dikendalikan tiga deejay berkenaan bermula pukul 7.30 pagi.

Pelbagai soalan telah dijawab oleh Najib termasuklah keistimewaan angka 11 dalam dirinya yang mempunyai kaitan dengan tarikh lahir bapa dan anak sulungnya, pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Pahang yang ke-11 serta beberapa perkara lain. Read the rest of this entry