Category Archives: Gelombang Merah

Demi Rakyat Kelantan, BN Mula Rangka Manifesto

Demi membela nasib rakyat yang ditindas kepimpinan Pas selama 21 tahun, Barisan Nasional (BN) telah mula merangka manifestonya lebih awal agar rakyat memahami perjuangan parti itu.

Malahan langkah BN mendedahkan strateginya lebih awal menjadikan mangsa untuk dibidas manifestonya oleh Pas.

Mahupun begitu, bagi BN apa yang penting ialah keikhlasannya untuk membela nasib rakyat biarpun kerajaan Pas Kelantan akan berusaha merendahkan perjuangan BN itu setelah mereka gagal melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap rakyat.

Read the rest of this entry

Advertisements

Kemarahan Rakyat Terhadap Kerajaan Pas Kelantan Kian Memuncak

Hari ini, hampir 2,000 anak muda dari seluruh negeri ini yang lengkap berbaju merah dan bermotosikal ‘menziarahi’ tugu peringatan pembinaan Jambatn Palekbang – Kampung Cina yang dijanjikan oleh Kerajaan Pas Kelantan hampir 20 tahun lalu.

Tugu peringatan yang dicacah oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu kini tidak ubah seperti batu nisan yang tidak pernah dipedulikan oleh waris-warisnya. Tujuan anak-anak muda ini menziarahi batu nisan itu tidak lain hanya mahu mengingatkan waris mereka tentang janji yang dibuat selama ini. Read the rest of this entry

Jeli Kubu Gerakan Gelombang Merah Untuk Menawan Kelantan

Umno bahagian Jeli akan dijadikan kubu dan pangkalan gerakan Gelombang Merah dalam usaha menawan Kelantan daripada tangan Pas pada pilihan raya umum ke-13 nanti, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, bagi memenuhi hasrat itu, Umno bahagian itu bukan sahaja berazam untuk merampas semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi PAS di kawasan Parlimen Jeli, malah di seluruh negeri.

“Kita (Umno Jeli) berazam untuk dijadikan pangkalan hadapan atau kubu dalam mengepalai gerakan Gelombang Merah bagi merampas negeri ini dari tangan PAS pada pilihan raya umum ke-13 akan datang,” katanya. Read the rest of this entry

Kebangkitan Gelombang Merah Muhyiddin Beri Perhatian Untuk Kelantan

Kebangkitan Gelombang Merah di Kelantan semakin terasa kehebatannya sehingga hampir yakin akan membawa arus perubahan kerajaan ke Kota Darulnaim dan ianya kini mendapat perhatian kerajaan pusat terutama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Justeru beliau berkata Kelantan diberi perhatian istimewa oleh beliau terutamanya dalam membuat perancangan pembangunan yang rapi untuk negeri itu bagi memastikan rakyat yakin kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata ini kerana negeri Kelantan dilihat kurang membangun dalam pelbagai aspek biarpun Pas memerintah negeri itu selama 20 tahun. Read the rest of this entry

Penyerahan Memorandum Ladang Rakyat

This slideshow requires JavaScript.

Lebih 1,000 anggota badan bukan kerajaan (NGO) dan Pemuda Umno Kelantan mengadakan perhimpunan bagi membantah berhubung dakwaan penyelewengan projek ladang rakyat di hadapan kompleks kerajaan negeri di Kota Darul Naim di sini, Isnin.

Perhimpunan secara aman yang berlangsung selama sejam itu bermula pada pukul 9.30 pagi disertai Orang Muda Berpadu Anti Korupsi Kelantan (OMBAK), Majlis Belia Kelantan, Majlis NGO Negeri Kelantan, Belia 4B dan Pemuda Umno Kelantan dan penduduk Orang Asli di Gua Musang yang kehilangan tanah mereka akibat projek itu. Read the rest of this entry

Lebih 1,000 Bantah Penyelewengan Ladang Rakyat Di Kelantan

Lebih 1,000 anggota badan bukan kerajaan (NGO) dan Pemuda Umno Kelantan mengadakan perhimpunan bagi membantah berhubung dakwaan penyelewengan projek ladang rakyat di hadapan kompleks kerajaan negeri di Kota Darul Naim di sini, Isnin.

Perhimpunan secara aman yang berlangsung selama sejam itu bermula pada pukul 9.30 pagi disertai Orang Muda Berpadu Anti Korupsi Kelantan (OMBAK), Majlis Belia Kelantan, Majlis NGO Negeri Kelantan, Belia 4B dan Pemuda Umno Kelantan dan penduduk Orang Asli di Gua Musang yang kehilangan tanah mereka akibat projek itu. Read the rest of this entry

Rakyat Kena Tentukan Siapa Pemimpin Terbaik

TEROMPAH HARAP rakyat dapat memberi sokongan dan pilihlah kerajaan baru untuk berubah.

Kita hendak lihat kerajaan baru dengan kepimpinan dan ekonomi baru. Malah, harga barang dan minyak tidak naik.

Kita cuba beri peluang kerajaan baru menerajui negara. Kita tidak mahu politik kotor bermain dalam fikiran rakyat.

Kita mahu rakyat bebas daripada belenggu kemiskinan dan berpendapatan tidak menentu sehingga menyebabkan yang kaya bertambah kaya dan miskin semakin dihimpit kemiskinan. Read the rest of this entry