Category Archives: Janji² PAS

Harakah Putar Belit Dan Tutup Kelemahan Pas Dalam Isu Bazar Tok Guru

Setelah isu perpindahan 415 peniaga ke Bazar Tok Guru, Pas kini cuba menutup malunya akibat memungkiri janji terhadap para peniaga itu dengan menuduh Umno yang sengaja mencetuskan isu.

Lidah rasmi Pas, Harakahdaily telah membuat tuduhan palsu kononnya 415 ahli persatuan peniaga Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dan Arked Uda sengaja mencetuskan isu masalah perpindahan mereka ke Bazar Tok Guru.

Read the rest of this entry

Advertisements

Afta City – Hanya Janji Kosong Kerajaan Pas

Apabila Kerajaan Pusat mengumumkan untuk mengadakan sesuatu projek. Maka Kerajaan Pas Kelantan akan memberikan reaksi segera dan mengemukakan pelan bahawa projek mereka lebih hebat.

Bagaimanapun semua pelan yang dikemukakan tidak pernah menjadi kenyataan. Sebagai contoh, apabila Kerajaan Pusat mengumumkan mengenai pemansuhan cukai kenderaan pada awal tahun 2000 di bawah Afta maka Kerajaan Pas Kelantan pun mengemukakan pelan untuk membina bandar baru Afta City. Read the rest of this entry

Selama 21 Tahun, Apa Sumbangan Kerajaan PAS Terhadap Rakyat Kelantan?

Wahai rakyat Kelantan lihatlah sumbangan kerajaan pusat dalam membangunkan Kelantan terutamanya di Gua Musang.

Dari kawasan dikenali Jin bertendang, Gua Musang kini membangun pesat tanpa mengharapkan bantuan kewangan kerajaan Pas Kelantan.

Pembangunan infrastruktur kerajaan pusat seperti jalan raya telah meningkatkan pelaburan dan nilai tanah di kawasan pedalaman Hulu Kelantan iaitu Gua Musang dengan kenaikan hartanah sebanyak 10 kali ganda.

Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata nilai tanah sekitar bandar ini melambung lebih 10 kali ganda daripada nilai zaman tahun 80-an dulu berikutan menjadi rebutan pelbagai pihak untuk dijadikan pusat pelaburan jangka panjang. Read the rest of this entry

Kerajaan Pas Kelantan Menganak Tirikan Peniaga Kecil Di Pasar Lama MPKB.

Selepas mungkir janji, kali ini Kerajaan Pas Kelantan menganak tirikan peniaga kecil di Pasar Lama MPKB.

Mana tidaknya 60 peniaga Kemboja mendapat keistimewaan, mereka mendapat peluang lebih awal untuk memilih ruang-ruang niaga di Bazar Tok Guru lebih awal berbanding tarikh yang ditetapkan iaitu 2 Mei lalu.

Malah dikatakan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) menatang mereka seperti minyak yang penuh kerana mendapat ‘habuan’ yang agak besar. Read the rest of this entry

PEMBONGKARAN DAN PENIPUAN PEGUAM PAS KEPADA PENEROKA FELDA

Peguam yang mewakili peneroka Felda Kemahang 3…. Sedang Gelak Besar

Sebagaimana yang telah di janjikan tidak lama dahulu, pembongkaran terhadap penipuan peguam PAS yang di katakan telah membawa kemenangan kepada peneroka di Felda Kemahang 3 akan saya lakukan.
Saya telah berkesempatan membaca surat aduan yang di tulis oleh salah seorang wakil peneroka yang di tujukan kepada Majlis Peguam Malaysia pada 15 hb November 2010, di mana di dalam surat ini, peneroka-peneroka yang tidak berapa lama dahulu seronok sakan setelah menang di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, akhirnya sedar bahawa peguam yang mewakili mereka adalah PENIPU BESAR. Read the rest of this entry

Mana Janji Pas? 20 Tahun Lalu Ia Menjadi Bukti Bahawa Pas Adalah Sebuah Parti "Belawok"

Gelombang Merah kali ini membongkar lagi janji kerajaan Pas Kelantan yang gagal ditunaikan sejak 20 tahun lalu. Ia menjadi bukti bahawa Pas adalah sebuah parti “Belawok”.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mendedahkan dengan mempersoalkan kerajaan Pas Kelantan di manakah janji mereka untuk membayar RM100 kepada setiap warga emas berusia 55 tahun ke atas.

Beliau berkata janji itu pernah dibuat oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada tahun 1990 pada pilihan raya umum ketika itu untuk membuat bayaran kepada golongan tersebut namun sehingga kini tiada sesiapapun yang menerimanya. Read the rest of this entry

Pas Ini Kejam, Memang Kami Tiada Geran Tetapi Mereka Janji Untuk Berikan Sejak 20 Tahun Lagi

Seorang penduduk Orang Asli di Kuala Betis,  Acai Che, 46, mendesak agar Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) menyiasat tanah yang diusahakan orang asli dirampas kerajaan Pas Kelantan.

Beliau berkata selain kehilangan tanah yang mereka warisi sejak turun temurun, mereka juga kehilangan punca pendapatan sehinggakan terpaksa berpindah ke kawasan baru.

“Pas ini kejam, memang kami tiada geran tetapi mereka janji untuk berikan sejak 20 tahun lagi. Akhirnya janji pun tiada, tanah kami hilang,” katanya.

Beliau berkata pemimpin Pas pernah membuat janji akan menamakan pemilik tanah yang diusahakan mereka di atas nama pemilik sebenar namun setelah tanah itu diambil oleh kerajaan, pemimpin itu hanya buat tidak tahu. Read the rest of this entry

Jika Mahathir Letak Jawatan Hari ini, Esok Saya Juga Akan Letak Jawatan

“Jika Mahathir letak jawatan hari ini, esok saya juga akan letak jawatan.” Itu merupakan ungkapan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika beliau beria-ia mendesak Mahathir letak jawatan tetapi selepas hampir 10 tahun Mahathir berhenti Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan masih kekal di sini.

Apakah itu satu janji? Jika janji apakah hukumnya jika  dimungkiri?. Hari ini, Nik Aziz yang sering uzur dan lanjut usia mengemumkan untuk terus bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini. Read the rest of this entry

Tiket Untuk Ke Syurga..!

Pak Cu Keri berhadapan dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sambil dikelilingi oleh beberapa orang ‘Malaikat’ yang telah berjaya membawa Pak Cu dari pintu neraka ke lobi syurga di Pejabat Menteri Besar Kelantan.

“Ambo dulu Pas, pastu ambo tubik masuk UMNO. Ambo ni Tok Guru, tak juruh. Ambo minum arak, ambo main tino, ambo buwi dadah ke budak-budak….” antara pengakuan yang terhambur dari mulut Pak Cu.

Tok Guru Nik Aziz memandang ke arah Pak Cu yang penuh gaya seorang samseng dan merupakan samseng peliharaan Tan Sri Annuar Musa sebelum ini. Pak Cu adalah lagenda di Kok Lanas. Pengaruhnya di kalangan golongan belia dikatakan kuat sehingga berjaya membantu mencuri undi orang-orang muda dari PAS ke BN. Read the rest of this entry

Misi Membela Ladang Rakyat

Setelah beberapa siri pendedahan mengenai ladang rakyat serta rampasan yang dilakukan oleh terompah dan media konservatif, lidah biawak Pas mula memberi respon, gayanya agak defensif dan seolah-olah terdesak untuk mempertahankan pintu gol daripada dibolosi.

Ini disebabkan jentera serangan UMNO yang diketuai oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed mula menunjukkan kesan, malah jawapannya mula mengarut dan entah apa-apa. Read the rest of this entry