Category Archives: MPKB-BRI

Timbalan Menteri Besar Kelantan Cuba Tutup Malu Sifat Tamak Pas

Setelah desakan pelbagai pihak kerana mengenakan bayaran parking di Stadium Sultan Mohammed IV, kerajaan Pas Kelantan cuba menutup sifat tamak mereka dengan mengatakan bayaran itu masih di peringkat cadangan.

Biarpun sudah banyak wang dikutip, namun dengan selambanya Pas mampu memberi penjelasan yang kurang memuaskan hati semua pihak.

Rakyat Kelantan, khususnya warga Bandar Kota Bharu tidak perlu bimbang berhubung cadangan mewujudkan ‘metro parking’ di bandar ini kerana ianya masih di peringkat kajian.

Pengerusi Perbadanan Stadium Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata  sehingga kini kerajaan negeri masih lagi mengkaji sejauh mana kesannya kepada masyarakat sekiranya perkara itu diadakan.

Read the rest of this entry

Negara Kebajikan Hadiah Untuk Rakyat Kelantan

Penyokong Kelantan memohon penjelasan rasional daripada Kerajaan Negeri dengan tindakan membenarkan “charge parking” di perkarangan stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.

Tanpa angin dan ribut, dapat dilihat pembinaan rancak pihak Metro Parking membuat pondok di kawasan stadium.

Tindakan ini nyata mengundang masalah tidak puas hati segelintir pihak terutamanya para penianga akan sebab-sebab pihak Metro Parking diberi hak mengenakan bayaran kepada kenderaan yang masuk ke kawasan stadium. Bagi mereka, mengenakan bayaran parking di kawasan ini membuatkan ramai pihak tidak lagi memilih kaawasan ini untuk aktiviti santai serta menjamu selera di medan usahawan.

Secara tidak langsung ia menjejaskan rezeki mereka yang bergantung harap kepada kehadiran orang ramai.

Read the rest of this entry

Kerajaan PAS Menzalimi Rakyat Kelantan

Dua kejadian dalam dua isu besar di negeri ini memberi pengajaran yang amat berguna kepada UMNO Kelantan. Pertama, berhati-hati supaya tidak makan diri.

Isu pertama, Bazar Tok Guru, bila sampai kemuncaknya dan jalan penyelesaian, secara tiba-tiba Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB berubah nada, malah memohon maaf kepada Kerajaan Pas Kelantan kerana salah faham dengan ‘niat baik’ tok guru Nik Aziz biarpun sebelum ini mereka dihalau bagai anjing di atas bumi serambi Mekah ini.

Isu kedua, Setesen Teksi Pasir Puteh, bila sampai kemuncaknya secara tiba-tiba Persatuan Pemandu Teksi Pasir Puteh menjelaskan bahawa Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) tidak bersalah biarpun sebelum ini diberi surat supaya berpindah daripada tapak tersebut.

Read the rest of this entry

Harakah Putar Belit Dan Tutup Kelemahan Pas Dalam Isu Bazar Tok Guru

Setelah isu perpindahan 415 peniaga ke Bazar Tok Guru, Pas kini cuba menutup malunya akibat memungkiri janji terhadap para peniaga itu dengan menuduh Umno yang sengaja mencetuskan isu.

Lidah rasmi Pas, Harakahdaily telah membuat tuduhan palsu kononnya 415 ahli persatuan peniaga Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dan Arked Uda sengaja mencetuskan isu masalah perpindahan mereka ke Bazar Tok Guru.

Read the rest of this entry

HamPas Betul Pencacai PASik…

Kerajaan Pas Kelantan sedia mengkaji cadangan masyarakat Cina di negeri ini yang mahu menambahkan lesen perniagaan dan premis minuman arak di negeri ini, kata anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri berkata, kajian itu bergantung kepada kewajaran dan keperluan lesen itu dikeluarkan terutama di bandar Kota Bharu.

Read the rest of this entry

Ini Idea Siapa Pula?

Peniaga dan pengunjung membantah keras langkah Kerajaan Pas Kelantan untuk mengenakan bayaran letak kereta di sekitar Stadium Sultan Muhammad IV dekat sini.

Rata-rata peniaga dan pengunjung yang ditemui menyifatkan tindakan tersebut tidak mencerminkan konsep negara berkebajikan yang diuar-uarkan oleh pemimpin terlibat.

Terdapat beberapa pekerja sedang sibuk mendirikan pondok bayaran letak kereta di sekitar stadium berkenaan yang difahamkan akan mula beroperasi awal bulan depan.

Read the rest of this entry

Mohon Al-Sultan Kelantan Campur Tangan Dalam Hal Isu Pasar Lama MPKB-BRI

Nampak gayanya, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang dikatakan sedang berehat di wad CCU HUSM terpaksa berehat lebih panjang.

Masakan tidak, peniaga Pasar Lama MPKB semakin berang apabila Ahmad tidak menunaikan janjinya untuk menyambung semula bekalan elektrik pada petang semalam (Isnin).

Read the rest of this entry

Kerajaan Pas Kejam Terhadap Peniaga

Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob mengakui kerajaan Pas Kelantan telah bertindak kejam ke atas 344 peniaga Pasar Lama Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) setelah memutuskan bekalan elektrik selama tiga hari dan menyebabkan peniaga itu kerugian RM3 juta.

Bagaimanapun beliau memberikan alasan yang dilihat terlalu “bodoh” untuk kerajaan Pas Kelantan dengan mengatakan pemotongan itu dibuat atas kesilapan teknikal.

Read the rest of this entry

Pas Kelantan Sabotaj Peniaga Pasar MPKB Di Dakwa Rugi RM3 Juta

Sifat berkebajikan kerajaan Pas Kelantan semakin menonjol apabila para peniaga  Pasar Lama Arked Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) hilang RM3 juta dalam tiga hari sejak bekalan elektrik di pasar berkenaan diputuskan.

Persoalannya siapa mahu menggantikan kerugian 344 peniaga yang malang akibat pemimpin Pas yang kononnya perjuangkan Islam dan kebajikan rakyat.

Menurut sumber dalaman Pas wujudnya sifat dengki antara exco kerajaan Pas terhadap Ahli Parlimen Datuk Anuar Tan Abdullah kerana berjaya membaiki reputasi Pas dengan isu para peniaga di Pasar Lama MPKB. Justeru pemimpin itu telah mengarahkan Majlis Perbandaran Kota Baharu-Banda Raya Islam (MPKB-BRI) untuk menutup akaun elektrik terhadap para peniaga itu akibat rasa iri hati dan dengki.

Read the rest of this entry

Demonstrasi Peniaga Pasar Lama MPKB

Hari ini isu Bazar Tok Guru sampai ke kemuncaknya, peniaga di Pasar Lama MPKB mula hilang sabar dengan karenah MPKB-BRI, Kerajaan Pas Kelantan dan SensaTimur Sdn. Bhd.

Lebih 300 peniaga mula turun ke jalanan menuntut hak mereka dan menceritakan tentang kezaliman Kerajaan Pas Kelantan menghalau mereka daripada tempat mencari rezeki.

Taktik yang digunakan amat menjijikkan, komplot ini memotong bekalan air agar seluruh bangunan itu bergelap, agar peniaga ini merasa perit bermain dengan Kerajaan Pas Kelantan. Bagi peniaga ini bukan Kerajaan Kebajikan seperti yang dilaungkan Pas, ini adalah contoh kerajaan zalim seperti Yahudi yang memerah keringat umat Islam di bumi Palestin.

Read the rest of this entry