Category Archives: Orang Asli

Kajol Penyanyi Tersohor di Kelantan Dambakan DAKWAH Nik Aziz

Kontroversi membabitkan penyanyi mak nyah tersohor Kelantan, Kajol, 25, kini memasuki episod baru apabila dia disiasat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) akibat keceluparannya mengaku bukan Islam ketika dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah, 21 Jun lalu.

Pegawai JAHEAIK Jajahan Tanah Merah, Nik Ahmad Zuhdi Nik Yaacob berkata, tindakan itu diambil selepas mendapati penyanyi yang terkenal dengan lagu berentak Bollywood itu melakukan kesalahan serius apabila mengaku bukan Islam.

Read the rest of this entry

Advertisements

Koridor Depu, Koridor Tipu Rakyat

Binatang berpegang pada tali, manusia berpegang pada janji.

Kira-kira empat tahun lalu, Pas berjanji untuk melaksanakan projek pokok gaharu seluas 1,000 ekar di Kampung Temiang, Gua Musang dengan kos sebanyak RM300,000 – ia ekorang pelancaran Koridor Depu.

Read the rest of this entry

Rakyat Ditindas Pas Disebabkan Kurang Bekalan Air

Selepas menindas petani dengan merampas tanah mereka untuk projek ladang rakyat, kerajaan Pas Kelantan kini menindas golongan nelayan yang berpendapatan rendah dan rezeki tidak menentu apabila setelah 20 tahun memerintah isu bekalan air masih gagal diselesaikan.

Masalah nelayan ini ialah mereka tidak dapat bekalan air untuk membersih kapal dan minum di projek mega untuk nelayan oleh kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional yang bernilai RM85 juta iaitu Pelabuhan Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sehingga aktiviti ekonomi mereka  terganggu disebabkan kerajaan Pas Kelantan gagal menyelesaikan masalah bekalan air di daerah Pasir Puteh.

Read the rest of this entry

Sikap Kerajaan Pas Negeri Semakin Zalim Terhadap Rakyatnya

Kkerana ada peserta Ladang Rakyat hilang pekerjaan akibat projek itu mengupah pekerja asing.

Sudahlah hilang tanah diambil kerajaan Pas negeri untuk projek ladang rakyat sekarang mereka hilang pula punca pendapatan.

Terompah mendapati kekejaman Pas semakin menjadi-jadi terhadap rakyat Kelantan apabila cuba mengaut keuntungan maksimum dengan mengupah warga Indonesia. Penduduk orang asli, Osman Akoh, 49, merasakan dirinya tertipu akibat ketamakan pengusaha ladang rakyat sehinggakan beliau sendiri kehilangan pekerjaan. Read the rest of this entry

Orang Asli Berdemo Bantah Ladang Rakyat.

Makin pening dan berserabut kepala Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Selepas OMBAK tunjuk perasaan desak keluarkan Kertas Putih mengenai Ladang Rakyat, hari ini giliran Orang Asli dari seluruh Kelantan pula berdemo di depan Pejabat Daerah dan Tanah Gua Musang.

Langkah 500 Orang Asli ini lebih tersusun daripada OMBAK. Mereka siap memakai pakaian tradisi, menyanyi lagu asli masyarakat suku Temiar dan kepala demo ini amat bijak membakar semangat ahli demo dengan ucapan berapi-api memakai loud healer. Amat berbeza dengan OMBAK. Read the rest of this entry