Category Archives: Pas

Sepatutnya Kelantan Model Kepada Sebuah Negeri Berkebajikan

Kelantan sepatutnya menjadi model sebuah negeri berkebajikan jika Pas benar-benar ingin melaksanakan ‘konsep negara berkebajikan’, selepas diberi peluang lebih 20 tahun memerintah negeri itu.

Menegaskan demikian, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, sebaliknya tiada apa-apa perancangan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri ke arah itu sehingga sekarang.

“Hanya RM1 juta hingga RM3 juta sahaja setahun yang dibelanjakan oleh parti itu bagi kebajikan rakyat,” kata Timbalan Menteri Kewangan itu kepada pemberita selepas merasmikan Jelujur Pangkalan Cina di sini hari ini.

Read the rest of this entry

Advertisements