Category Archives: Pas

PAS Tiru UMNO Negara Berkebajikan

Pas disifatkan sebagai ketinggalan apabila baru sekarang mahu memperkenalkan konsep negara berkebajikan sedangkan UMNO sudah sekian lama mengamalkan pendekatan mengutamakan kebajikan rakyat dalam setiap program yang diadakan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, pengenalan konsep negara berkebajikan jelas menunjukkan Pas cuma mahu menyesuaikan diri dengan sekutunya DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PRK), meskipun terpaksa mengetepikan slogan asal perjuangan menegakkan negara Islam.

“Sebenarnya Pas selalu ‘ketinggalan bot’ dan mereka selama ini berjuang bersungguh-sungguh sehingga akhirnya menggadaikan prinsip perjuangan. Read the rest of this entry