Category Archives: Pas

Pas Sanggup Gadai Prinsip Kerana DAP

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat didakwa sanggup menggadaikan perjuangan membentuk negara Islam dan hukum hudud kerana mahu bersekongkol dengan sekutu pembangkangnya DAP dan mendapat sokongan bukan Melayu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, perubahan itu membuktikan Nik Abdul Aziz tunduk kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh yang pernah menegaskan akan menentang pembentukan negara Islam Pas suatu ketika dulu.

Katanya, kesediaan Nik Abdul Aziz serta Pas untuk tunduk kepada pendirian DAP itu membuktikan parti yang kononnya berteraskan Islam itu kini berusaha untuk memancing undi masyarakat bukan Islam di negara ini pada pilihan raya akan datang.

Read the rest of this entry