Category Archives: Pas

Mahfuz Omar Antara Yang Di Gugur

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamuddin Md Taib masing-masing digugurkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya II dan III Pas Kedah bagi penggal 2011/2013.

Keputusan menggugurkan dua nama besar parti itu diputuskan dalam mesyuarat khas Badan Perhubungan Pas negeri di Kompleks PAS Kedah di Batu 9, Kota Sarang Semut, dekat sini, malam tadi.

Menteri Besar merangkap Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tempat mereka masing-masing digantikan oleh Exco Kesihatan, Dr Ismail Salleh dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantek, Md Isa Shafie.

Read the rest of this entry