Category Archives: Pas

ANONYMOUS atau ANWARNYMOUS !!!

REMEMBER, REMEMBER,

THE FIFTH OF NOVEMBER… ¬†

Demikianlah bunyi bait-bait puisi pembuka kata kepada amaran yang di beri oleh seorang yang bernama Guy Fawkes yang merupakan dalang kepada Gunpowder Plot, satu perancangan untuk meletupkan House of Lords, di Parlimen Britain dalam kurun ke-16.
Topeng hitam putih silhouette di atas ini adalah asalnya wajah Guy Fawkes yang dikenali oleh rakyat Britain sebagai simbol atau lambang pengkhianat negara yang dapat ditumpaskan. Gunpowder Plot yang dirancang oleh Guy Fawkes dan kuncu-kuncunya gagal dan Guy Fawkes ditangkap dan di soal siasat.