Category Archives: Pas

Nik Aziz 'Larikan Diri Dan Tinggalkan Himpunan Bersih'

Sebahagian daripada ahli pertubuhan bukan kerajaan dan Pemuda UMNO berhimpun secara aman membawa kain rentang membantah perhimpunan Bersih di Kota Bharu, semalam.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dikatakan tidak merestui perhimpunan haram Bersih kerana telah ‘melarikan diri‘ keluar negara ketika pemimpin pembangkang sedang bersiap sedia untuk menempuh 9 Julai ini.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian berkata, sekiranya Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas menyokong perhimpunan tersebut, ia bermakna beliau menafikan haknya serta Pas untuk memerintah negeri ini.

Read the rest of this entry