Category Archives: Pas

Lee Kuan Yew Pun Tau Bersara.., Nik Aziz Masih Lagi Gilakan Kuasa..

Menteri Mentor Lee Kuan Yew dan Menteri Kanan Goh Chok Tong membuat keputusan untuk berundur daripada Kabinet, sekali gus merintis laluan bagi Perdana Menteri Lee Hsien Loong serta pasukannya mempunyai rekod kerja tanpa apa-apa kesilapan masa silam.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini, kedua-dua pemimpin itu berkata: “Kami telah pun mengkaji situasi politik terbaru dan memikirkan bagaimana ia boleh menjejaskan masa depan.

“Kami telah pun memberi sumbangan kepada pembangunan Singapura. Masanya sudah tiba bagi generasi muda untuk membawa Singapura maju ke hadapan dalam situasi yang lebih sukar dan rumit. Read the rest of this entry