Category Archives: Pas

Rayuan UMNO Dan Pas Bersatu

Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) merayu dua parti terbesar orang Melayu, UMNO dan Pas bersatu bagi menyelesaikan isu penindasan terhadap peniaga Melayu terutama di Pulau Pinang.

Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah menegaskan, sudah wujud keadaan yang mendesak kedua-dua parti itu bekerjasama dalam membela nasib peniaga Melayu yang kini berdepan tekanan termasuk isu meroboh gerai oleh ajensi penguatkuasa Kerajaan DAP Pulau Pinang yang semakin menjadi-jadi.

Dalam situasi kerajaan negeri yang tidak mahu membuka ruang perbincangan dan ditambah pula sikap acuh tak acuh parti Gerakan yang lebih banyak  membisu dalam soal ini peniaga-peniaga ini sangat berharap supaya dua parti Melayu ini mencari titik persamaan dan memperjuangkan nasib peniaga yang semakin hari semakin ditindas dan dipinggirkan. Read the rest of this entry