Category Archives: Pas

Nafsu Tidak Mengenal Siapa

Bagi kita di Malaysia, kalau ditanya 100 orang, mungkin tidak seorang pun kenal Dominique Strauss-Kahn. Tetapi semua yang seratus itu pasti kenal Rozita Che Wan, Maya Karin, atau Rosyam Noor.

Strauss-Kahn, 62, ialah Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF). Terus-terang, saya pun baru tahu mengenainya beberapa hari lalu. Kenal bukan sebab beliau meluluskan pinjaman saya, tetapi sebab beliau dituduh merogol.

Isnin lalu orang kuat yang mengawal kewangan dunia itu dimasukkan ke pusat tahanan New York, setelah mahkamah jenayah Manhattan menolak wang jaminan USD1 juta (RM3 juta) untuk membebaskannya.

Warga Perancis bertubuh sasa itu didakwa cuba merogol seorang wanita berusia 32 tahun, petugas di Hotel Sofitel New York. Beliau yang keluar dari bilik mandi hotel mewah itu dalam keadaan berbogel, telah merentap petugas wanita tersebut dan memaksanya melakukan oral seks. Read the rest of this entry

Advertisements