Category Archives: Pas

KHALID SAMAD DAKWA HASAN ALI PENCACAI PAS SELANGOR!!?

Tawar Hati, Kecewa, Sedih, Sakit Hati… Itu mungkin yang berlaku pada Pemimpin No.1 PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali. Dahulu beliau menjadi ikon PAS Selangor. Diangkat dan dijulang. Beliau berhempas pulas berkempen memastikan PAS Selangor terus utuh di Negeri tersebut.
Beliau nadi kekuatan PAS pada PRU10, PRU11 dan PRU12. Hasan Ali bersungguh2 mengumpul sebarapa ramai jentera PAS bukan sekadar membantu kawasan2 yang ditandingi PAS, malah beliau juga turut membantu memastikan kemenangan diperolehi di kawasan Parlimen dan DUN PKR serta DAP.
Beliau dianggap seorang tokoh PAS Selangor yang hebat dan lantang. Namun itu ketika Pilihan Raya. Hari ini, misi Pakatan telah berjaya. Kerajaan Selangor berjaya ditawan. Hasan Ali dilantik secara rasmi Exco Kanan Negeri mewakili PAS. Namun, setelah lebih dari 3 tahun memerintah, nama beliau dihina, dicerca dan dimaki dari kalangan Pemimpin PAS sendiri. Kehadiran Khalid Samad benar2 melemahkan kekuatan luaran beliau. Read the rest of this entry