Category Archives: Pas

Pas Kini Dilihat Sebagai Sebuah Parti Yang Tidak Berpendirian

Perjuangan Pas yang kononnya memperjuangkan sebuah negara Islam dan hukum hudud semakin kabur apabila mereka terlalu taksub dengan agenda rakan pembangkang lain.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, idealisme Pas dianggap sudah hilang kerana pemimpin parti itu tidak lagi ‘melagukan’ matlamat asal perjuangan mereka.

Menurut beliau, pemimpin tertinggi Pas lebih cenderung mengikut rentak DAP yang ternyata bertentangan ideologi dengan Pas dan menyanggah sebarang usaha penubuhan negara Islam.

“Pas kini dilihat sebagai sebuah parti yang tidak berpendirian kerana banyak bukti pemimpin tertinggi parti itu tidak konsisten menangani sesuatu isu malah lebih mengutamakan kepentingan politik,” katanya.

Hadir sama Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said dan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad. Read the rest of this entry

Advertisements