Category Archives: Pas

Universiti Utara Malaysia (UUM) Masih Berharap Kerajaan Pas Kedah Untuk Menyambung Semula Rebat Cukai Tanah

Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, pihak universiti sangat berharap untuk mendapat keputusan yang positif selepas kerajaan negeri menerima surat rayuan daripada Kementerian Pengajian Tinggi memohon penyambungan semula rebat itu.

“Kementerian Pengajian Tinggi telah menghantar surat rayuan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri 13 Mei lepas dan kini kami menunggu untuk mengadakan pertemuan dengan pihak kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Read the rest of this entry