Category Archives: Pas

Calon Melayu Hanya Sandiwara DAP

Rancangan DAP meletakkan calon Melayu mewakili parti itu pada pilihan raya umum akan datang didakwa hanya sandiwara untuk mendapatkan kedudukan serta kuasa semata-mata.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, siapalah DAP yang mahu memperbodohkan orang Melayu sedangkan realitinya rakyat sendiri sedar bahawa parti tersebut hanya bersandiwara untuk mendapatkan kuasa.

Katanya, rancangan itu juga merupakan bukti bahawa DAP hanya menggunakan orang Melayu sebagai batu loncatan bagi meraih kedudukan semata-mata.

“Inilah DAP yang tidak tahu menghargai apatah lagi untuk menghormati kebersamaan dan peranan yang dimainkan oleh semua kaum di negara ini malah sebaliknya mereka berbuat baik dengan orang Melayu kerana ada agenda tersembunyi. Read the rest of this entry

Advertisements