Category Archives: Pas

Anwar Ibrahim Takut Ulama PAS Tidak Boleh Menerimanya Lagi

Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa takut dengan penerimaan golongan ulama dalam Pas terhadapnya selepas terbongkarnya pelbagai salah laku beliau sejak akhir-akhir ini.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, sehubungan itu, Anwar didakwa mengarahkan pemimpin serta ahli Pas yang cenderung ‘menyembah’ Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu merancang gerakan menghakis penguasaan golongan ulama dalam parti itu.

Kumpulan menyebelahi Anwar yang beliau gelar sebagai ‘Anwarinas’ itu katanya, merupakan ‘makhluk perosak’ dalam Pas yang hanya akan menyebabkan kejatuhan parti itu suatu hari nanti. Read the rest of this entry