Category Archives: Pas

Pas Berfikiran Jumud

Pas tidak akan mengalami perubahan jika mereka terus mengamalkan sikap jumud dalam kepimpinan biarpun calon-calon yang bertanding untuk jawatan tertinggi pada pemilihan kali ini mempunyai pengaruh besar serta berpengalaman.

Menurut penganalisis politik, Mohd. Roslan Mohd. Saludin, sejak awal penubuhan parti itu sehingga sekarang, ciri-ciri kepimpinan mereka hanya mewakili sekelompok manusia yang berselindung di sebalik perjuangan Islam tanpa menitik-beratkan pembangunan negara secara holistik.

“Mereka masih lagi berfikiran jumud iaitu cuba memisahkan agama dengan perkara lain sedangkan mereka lupa kepimpinan dalam Islam harus merangkumi pelbagai bidang. Read the rest of this entry

Advertisements