Category Archives: Pas

PAS Bantah Konsert MTV Word Stage Anjuran Kerajaan PKR Selangor

Terbukti Pas dan PKR tidak sebulu di Selangor biarpun 3 tahun membentuk kerajaan bersama.

Nampak sangat Pas disingkirkan dalam hal pentadbiran di Selangor sehinggakan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) membantah penganjuran satu program hiburan bertaraf antarabangsa, Konsert MTV Word Stage di i-City, Seksyen 7 Shah Alam, 24 Julai depan yang dikatakan bertujuan mempromosi bandaraya Shah Alam di peringkat antarabangsa.

Ia jelas PKR sembunyikan program itu tanpa pengetahuan Pas dan Pas terpaksa membuat bantahan terbuka sedangkan kedua-dua parti merupakan kerajaan negeri di Selangor.

Tiadakah platform rundingan yang boleh diutarakan dalam kerajaan negeri oleh Pas sehinggakan terpaksa membuat bantahan terbuka. Read the rest of this entry