Category Archives: Pas

Pemuda PAS Dibidas Hanya Banyak Demonstrasi Kurang Program

Pimpinan Dewan Pemuda PAS dibidas kerana lebih banyak mengadakan demostrasi dan mengeluarkan kenyataan media berbanding program untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.

Seorang perwakilan dari Jerai, Kedah, Muhamad Ismail, berkata sikap sebegitu tidak akan membolehkan parti itu menawan Putrajaya malah hal berkenaan ditegurnya pada setiap muktamar tahunan.

“Kalau macam ni bagaimana nak tawan Putrajaya. Peruntukan RM3,000 sahaja untuk program,” katanya semasa membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Dewan Pemuda PAS Pusat berakhir Disember 2010, di sini, hari Khamis. Read the rest of this entry