Category Archives: Pas

Pas tidak lagi ketengah negara Islam

Pas tidak lagi memainkan isu mengenai pembentukan negara Islam semasa ia sedang bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum-13, dengan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata masanya belum tiba untuk untuk melaksanakan sebuah negara Islam.

Beliau melangkah lebih jauh lagi dengan mengatakan bahawa dalam Al-Quran, tidak ada disebut mengenai negara Islam, tetapi apa yang disentuh ialah negara kebajikan, dan ramai penganalisis politik kini percaya parti itu nampak bimbang dengan strateginya dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Apa yang dilakukan Hadi pada dasarnya adalah meneruskan dengan apa yang dilakukan parti itu pada pilihan raya umum 2008 iaitu kurang memberi fokus kepada negara Islam. Jika mereka memberi tumpuan kepada negara Islam, pasti ia akan membuat lain-lain anggota Pakatan (pakatan pembangkang PKR-DAP Pas) tidak akan senang dengannya,” kata penganalisis politik yang juga pensyarah dengan Universiti Sains Malaysia Dr. Sivamurugan Pandian. Read the rest of this entry

Advertisements