Category Archives: Pas

PAS Rela Gadaikan Perjuangan Asalnya Demi Untuk Memiliki Kuasa

PAS sanggup menggadaikan perjuangan asalnya untuk menubuhkan negara Islam semata-mata ingin mengejar kuasa.

Khairy Jamaluddin, yang juga Anggota Parlimen Rembau, berkata sebaliknya, Umno sebagai parti dengan perjuangan asalnya iaitu demi agama, bangsa dan negara, tidak akan berbuat seperti apa yang dilakukan oleh PAS.

Beliau berkata PAS yang selama ini konsisten memperjuangkan penubuhan negara Islam, secara tiba-tiba sanggup mengetepikan prinsipnya semata-mata hendak menjadi rakan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pakatan pembangkang demi mencapai cita-cita mereka untuk menawan Putrajaya.

“Kita (Umno) tidak akan menggadaikan prinsip perjuangan asal iaitu untuk agama, bangsa dan negara, kami akan terus berjuang mengikut prinsip berkenaan demi kesejahteraan rakyat,” katanya. Read the rest of this entry

Advertisements