Category Archives: Pas

Pas Masuk Ke Dalam 'Pakatan Ahzab'

Pas kini terjerumus ke dalam ‘pakatan ahzab’ apabila barisan kepimpinan ulama tewas kepada pemimpin yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pemilihan parti itu, Jumaat lalu.

Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, gabungan Pas dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjelaskan lagi bahawa parti itu sudah tidak lagi memperjuangkan Islam seperti yang dilaung-laungkan sebelum ini.

Tegas beliau, parti Islam hanya layak dipimpin oleh ulama yang berakhlak mulia justeru keputusan yang diumumkan semalam merupakan perubahan radikal yang menunjukkan ada pemimpin yang tidak menepati kriteria itu terpilih. Read the rest of this entry