Category Archives: Pas

Politik Wang Mula Berakar Dalam Pas?

Tahniah kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu kerana kejayaan yang cemerlang mengejutkan golongan ulama dalam pemilihan parti itu.

Apa pun kemenangan itu bukannya dari hasrat akar umbi kerana rakyat di bawah mengetahui siapa Mat Sabu sebenarnya. Kemengan Mat Sabu bersama trio Erdogan amat mengejutkan semua pihak kerana rata-rata mahukan ulama terus memimpin Pas.

Soalnya mungkinkah politik wang membuatkan Mat Sabu dan tiro Husam, Mahfuz dan Salahudin menang? Ingatkah pada pemilihan parti itu dua tahun lalu apabila Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi secara terang-terang menyebut mengenai politik wang. Mohamed Daud ketika itu amat bimbang dengan politik wang, beliau menyebut budaya memberi baju, makan minum dan wang semakin berleluasa. Read the rest of this entry