Category Archives: Politik Semasa

PKR Pada Awal Penubuhannya Dikenali Sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan)

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilapor berhadapan dengan risiko dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Laporan TV Selangor yang memetik sumber memberitahu, parti itu difahamkan telah menerima sepucuk surat berhubung pembatalan tersebut daripada ROS awal bulan ini.

“Saya dimaklumkan ROS sudah keluarkan surat untuk membatalkan pendaftaran. Surat itu diterima baru-baru ini, saya tak pasti tarikhnya,” kata sumber itu. Read the rest of this entry

Advertisements

Hanya Wan Azizah Yang Mampu Menyelamatkan Ummah Daripada Terus Dilanda Musibah Ini

Seorang pembaca Harakahdaily.net, Wan Nasuha Wan Hassan hari ini meminta Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bersumpah laknat atas nama Allah, bagi menafikan lelaki dalam video seks yang didedahkan trio ‘Datuk T’ bukan suaminya.

Ini kerana, tegas beliau, penafian lisan semata-mata oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebelum ini, tidak mampu meyakinkan rakyat, bahawa pelaku dalam video seks tersebut bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sebaliknya Wan Azizah pula yang diperlekehkan. Read the rest of this entry

Pas Tidak Mampu Ganti UMNO

Pas tidak mampu untuk menggantikan UMNO dalam memperjuangkan nasib orang Melayu dan umat Islam di negara ini kerana parti pembangkang itu sama sekali gagal mendapat sokongan rakyat pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lalu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkembangan itu juga membuktikan slogan ‘Pas ganti UMNO’ hanya retorik apabila ia kalah di semua kerusi ditandingi.

Katanya, pakatan yang dibina juga hanya menguntungkan DAP yang berkemungkinan besar akan menggantikan Pas.

“Jadi, gandingan antara UMNO dan parti komponen lain, persefahaman yang kita wujudkan selama ini dengan MCA, Gerakan, MIC dan parti di Sabah dan Sarawak masih lagi begitu relevan. Read the rest of this entry

Umno Suruh Keluar Dari Pakatan Pembangkang Sahaja Bukan Ajak Sertai BN

Tidak tahulah sama ada pemimpin Pas pandai membaca atau suka mentafsir sendiri sehingga menjadi syok sendiri akibat ego kepartian berhubung desakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta Pas keluar daripada pakatan Pembangkang minggu lepas.

Hakikatnya, Presiden Umno itu hanya mengajak Pas keluar daripada pakatan pembangkang kerana DAP tidak menunjukkan semangat untuk perjuangkan bangsa, negara dan agama Islam. Read the rest of this entry

Mahfuz Gagal Kawal Emosi

Sikap biadab Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang mengunakan bahasa kesat di Twitternya menunjukkan beliau bukan seorang pemimpin Islam yang berkaliber.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, keperibadian sesetengah pemimpin Pas sebenarnya tidak langsung mencerminkan imej sebenar Islam dan adakalanya lebih teruk daripada pemimpin bukan Islam.

“Saya yakin Mahfuz tertekan dengan idea murni penyatuan UMNO dan Pas ini. Beliau sudah mula berfikiran tidak rasional dan gagal mengawal emosinya kerana khuatir dengan kedudukannya selepas penyatuan tersebut,” katanya. Read the rest of this entry

Pas Semakin Tidak Percaya Anwar?

Pucuk pimpinan Pas Kelantan kecuali Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dipercayai semakin yakin bahawa lelaki dalam rakaman video seks yang didedahkan trio ‘Datuk T’ adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad mendakwa, pendirian Pas negeri itu disuarakan sendiri oleh beberapa pemimpin kanan Pas Kelantan kepadanya. Read the rest of this entry

Mahfuz Guna Bahasa Kesat

Maruah Pas selaku parti yang memperjuangkan Islam tercemar gara – gara sikap biadab Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar, yang secara terbuka menggunakan bahasa kesat di laman Twitternya.

Mahfuz dikesan berbuat demikian sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak Pas meninggalkan pembangkang kerana dilihat kerjasama itu hanya membawa keuntungan kepada DAP. Read the rest of this entry

Terompah Besi Tempelak Bob Lokman

Pengacara dan penulis lirik Bob Lokman dah masuk Pas. Apa masalahnya? Bob boleh masuk mana-mana parti yang sah di sisi undang – undang. Nak masuk parti orang India, MIC pun boleh. Tapi Hindraf jangan sebab itu pertubuhan haram, sama dengan Parti Komunis Malaya (PKM). Tapi Hindraf istimewa kerana boleh menyalak di jalan – jalan raya.

Jadi tak pelik sikit pun apabila Bob masuk Pas. Mungkin Pas pula rasa pelik kerana tiba-tiba gaya pakaian Bob mengalahkan orang Pas. Tapi tak mengapa, biasalah orang baru, gaya mesti lebih. Cuma Terompah rasa pelik apabila Bob kata, dia masuk sebab nak cari kemurnian Islam sejati. Ini memang pelik sangat-sangat. Read the rest of this entry

Pelajar Di Kawasan DUN Nik Aziz Peluk Kristian!!!

Bagaimana Pas perjuangkan Membangun Bersama Islam sehingga seorang pelajar lelaki boleh keluar daripada Islam dan menganut Kristian.

Lebih menyedihkan pelajar itu tinggal di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka. iaitu kawasan Menteri Besar dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Adakah terlalu sibuk berpolitik sehingga perihal agama di kawasan sendiri, Nik Aziz abaikan. Ikuti laporan berita hari ini mengenai kes berkenaan bagaimana pelajar itu dari negeri Serambi Mekah keluar Islam dan peluk Kristian dengan menggunakan nama Tyron. Ini satu perkara amat mengaibkan bagi negeri Pas, yang mungkin sudah hilang berkat Islamnya kerana asyik menuduh orang lain tidak Islam. Read the rest of this entry

Pas Kelantan Diminta Perjelas Janji Bina Jambatan

Kerajaan Pas Kelantan diminta menjelaskan janji mereka untuk membina sebuah jambatan merentasi Sungai Kelantan menghubungkan Kampung Cina di sini dengan Palekbang di Tumpat, bagi mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas yang semakin meruncing.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, difahamkan jambatan tersebut akan dibina sebuah syarikat yang mendapat hak untuk membangunkan kawasan tebing sungai tersebut, Lembah Sireh.

Beliau berkata, janji tersebut dibuat kira-kira 10 tahun lalu dan majlis peletakkan batu asas pembinaan jambatan itu telah diadakan, bagaimanapun sehingga sekarang tidak ada tanda-tanda ia akan dibina. Read the rest of this entry