Category Archives: UMNO

Manifesto Barisan Nasional (BN) Untuk Membela Nasib Rakyat Kelantan

Barisan Nasional (BN) Kelantan kini sedang memperincikan manifestonya bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, kata Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata perkara utama dalam manifesto itu adalah janji untuk mengadakan perumahan rakyat, pembinaan stadium dan tapak perhentian teksi jika BN berkuasa semula di negeri itu.

Read the rest of this entry

Rakyat Perlu Protes Bersih Habis-habisan, Memalukan Negara!

Najib merangkap Presiden Umno berucap pada majlis Penerangan Perdana di Dewan Merdeka, PWTC pada Ahad. Seramai lebih 70 Badan Bukan Kerajaan (NGO) hadir pada majlis tersebut. Foto THE STAR/NORAFIFI EHSAN

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu majoriti suara rakyat yang menolak perhimpunan Bersih pada Sabtu supaya tidak berdiam diri.

Malah beliau menggesa rakyat bangkit mengutarakan pendapat masing-masing mengenai tindakan peserta perarakan haram yang menimbulkan suasana huru-hara di ibu negara.

Read the rest of this entry

26.99 Juta Rakyat Menaruh Keyakinan Terhadap BN!!

Anjuran perhimpunan haram Bersih gagal kata penganalisa politik.

Bersih dianggap gagal kerana hanya 5,000 penyokong mereka berada di jalanan menjalankan demonstrasi.

Jumlah itu hanyalah 0.01 peratus daripada 27 juta rakyat Malaysia dan jumlah itu amat kecil untuk membentuk suara sebenar rakyat.

Read the rest of this entry

Penjilat Jubur "AMBABI" Tidak Patut Bagi Layanan Istimewa

LAYANAN ISTIMEWA… Laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaparkan gambar-gambar yang menunjukkan kesemua mereka yang ditangkap diambil keterangan oleh pegawai dan anggota yang bertugas dalam keadaan tenang dan selesa. Mereka turut disediakan juadah di bawah khemah yang disediakan.

Jika di sekitar ibu kota, para penyokong perhimpunan haram sama ada Bersih 2.0 atau Patriot perlu berdepan dengan meriam air dan gas pemedih mata sebelum ditangkap oleh polis, namun situasi itu berbeza sebaik sahaja mereka tiba di pusat tahanan sementara dekat sini.

Read the rest of this entry

Kerajaan Pusat Bina 2,384 Rumah Di Kelantan Melalui SPNB

Kerajaan Pusat melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah membina 2,384 buah rumah bernilai kira-kira RM16 juta di bawah Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) di Kelantan sejak lapan tahun lalu.

Pengarah Urusan SPNB, Datuk Dr. Kamarul Rashdan Salleh berkata, tidak berbangkit soal Kerajaan Pusat tidak membina rumah di Kelantan selepas kerajaan Pas mengambil alih negeri ini daripada Barisan Nasional (BN) sejak 1999.

Beliau diminta mengulas dakwaan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Kemudahan Asas dan Utiliti negeri, Datuk Mohd. Anizam Abdul Rahman, bahawa Kerajaan Pusat tidak pernah menghulurkan peruntukan kepada kerajaan negeri dalam menyediakan projek perumahan di negeri itu sejak 1999.

Read the rest of this entry

PPKS Pasir Puteh Yakin Keprihatinan Perdana Menteri

Persatuan Pemandu Kereta Sewa (PPKS) Pasir Puteh yakin keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mampu menyelesaikan masalah pemilikan tapak perhentian teksi di pusat bandar ini.

Pengerusinya, Abdul Rahman Samad berkata, PPKS mengharapkan lokasi yang strategik di tengah pusat bandar itu ditawarkan kepada persatuan itu dengan kaedah yang lebih mudah, walaupun banyak tawaran dibuat kepada pemiliknya, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) untuk membelinya pada kadar yang lebih tinggi.

Read the rest of this entry

Program Rumah Berkualiti Besar-Besaran Jika BN Tadbir Kelantan

Kerajaan akan melaksanakan program perumahan berkualiti secara besar-besaran di Kelantan jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat mentadbir negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan BN mempunyaikemampuan untuk melaksanakan projek seumpama itu demi kesejahteraan rakyat Kelantan.

Read the rest of this entry

Perbezaan Antara Kebajikan Perdana Menteri Malaysia Dengan Berkebajikan Pas

Sempena lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Kelantan, beliau telah memperkenalkan konsep kebajikan yang sebenar sebagai seorang pemimpin yang ingin menjaga rakyat.

Malah kepimpinan ini wajar dicontohi Pas dalam melatih golongan muda kerana kriteria seumpama itu semakin berkurangan.

Lebih malang, soal kebajikan masjid oleh pemimpin Pas Kelantan tidak dipedulikan sehingga rakyat terpaksa meminta daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Read the rest of this entry

Sepupu Nik Aziz Tidak Percaya Lagi Dengannya Dan Menyertai UMNO

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat Kelantan kini mula kembali menyokong Barisan Nasional (BN) setelah 2,800 ahli Pas menyertai UMNO di daerah Pasir Puteh.

Beliau berkata, antara ahli-ahli Pas yang menyertai UMNO itu ialah “Sepupu” kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Raja Abdullah Raja Mahmud.

Read the rest of this entry

Wawasan Tersendiri Barisan Nasional (BN) Dalam Memajukan Golongan Miskin

Barisan Nasional (BN) mempunyai wawasan tersendiri dalam memajukan golongan miskin dan berpendapatan rendah di Kelantan yang antaranya termasuklah golongan petani melalui tanaman cili.

Malahan wawasan BN itu telah menempa sejarah dan terbukti berkesan apabila Usahasama Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dengan syarikat pengeluar makanan Nestle (M) Berhad sejak 15 tahun lepas melalui projek tanaman cili telah berjaya mengubah nasib petani hingga kini mampu menjana pendapatan RM120,000 setahun.

Pengurus Besar Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan (LPPK) Bukit Awang Fauziah Ismail berkata pendapatan itu jauh berbeza ketika para peserta mula menceburkan diri dalam kegiatan pertanian terutama cili kulai pada tahun 1994 dengan hanya memperolehi antara RM200 hingga RM300 sebulan.

Read the rest of this entry