Negara Kebajikan Hadiah Untuk Rakyat Kelantan

Penyokong Kelantan memohon penjelasan rasional daripada Kerajaan Negeri dengan tindakan membenarkan “charge parking” di perkarangan stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.

Tanpa angin dan ribut, dapat dilihat pembinaan rancak pihak Metro Parking membuat pondok di kawasan stadium.

Tindakan ini nyata mengundang masalah tidak puas hati segelintir pihak terutamanya para penianga akan sebab-sebab pihak Metro Parking diberi hak mengenakan bayaran kepada kenderaan yang masuk ke kawasan stadium. Bagi mereka, mengenakan bayaran parking di kawasan ini membuatkan ramai pihak tidak lagi memilih kaawasan ini untuk aktiviti santai serta menjamu selera di medan usahawan.

Secara tidak langsung ia menjejaskan rezeki mereka yang bergantung harap kepada kehadiran orang ramai.

Read the rest of this entry

Advertisements

Kerajaan PAS Menzalimi Rakyat Kelantan

Dua kejadian dalam dua isu besar di negeri ini memberi pengajaran yang amat berguna kepada UMNO Kelantan. Pertama, berhati-hati supaya tidak makan diri.

Isu pertama, Bazar Tok Guru, bila sampai kemuncaknya dan jalan penyelesaian, secara tiba-tiba Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB berubah nada, malah memohon maaf kepada Kerajaan Pas Kelantan kerana salah faham dengan ‘niat baik’ tok guru Nik Aziz biarpun sebelum ini mereka dihalau bagai anjing di atas bumi serambi Mekah ini.

Isu kedua, Setesen Teksi Pasir Puteh, bila sampai kemuncaknya secara tiba-tiba Persatuan Pemandu Teksi Pasir Puteh menjelaskan bahawa Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) tidak bersalah biarpun sebelum ini diberi surat supaya berpindah daripada tapak tersebut.

Read the rest of this entry

Harakah Putar Belit Dan Tutup Kelemahan Pas Dalam Isu Bazar Tok Guru

Setelah isu perpindahan 415 peniaga ke Bazar Tok Guru, Pas kini cuba menutup malunya akibat memungkiri janji terhadap para peniaga itu dengan menuduh Umno yang sengaja mencetuskan isu.

Lidah rasmi Pas, Harakahdaily telah membuat tuduhan palsu kononnya 415 ahli persatuan peniaga Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dan Arked Uda sengaja mencetuskan isu masalah perpindahan mereka ke Bazar Tok Guru.

Read the rest of this entry

PPKS Pasir Puteh Yakin Keprihatinan Perdana Menteri

Persatuan Pemandu Kereta Sewa (PPKS) Pasir Puteh yakin keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mampu menyelesaikan masalah pemilikan tapak perhentian teksi di pusat bandar ini.

Pengerusinya, Abdul Rahman Samad berkata, PPKS mengharapkan lokasi yang strategik di tengah pusat bandar itu ditawarkan kepada persatuan itu dengan kaedah yang lebih mudah, walaupun banyak tawaran dibuat kepada pemiliknya, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) untuk membelinya pada kadar yang lebih tinggi.

Read the rest of this entry

Stadium Baru Salah Satu Manifesto BN Pilihan Raya Di Kelantan

Rakyat Kelantan bakal mendapat sebuah stadium baru sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Itu janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat Kelantan yang mahu sebuah stadium baru dibina bagi menggantikan stadium Sultan Muhammad Keempat, yang semakin uzur.

Kata Najib, bagi membuktikan komitmen kerajaan pusat, janji itu akan dijadikan sebahagian manifesto pilihan raya BN Kelantan yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Read the rest of this entry

Program Rumah Berkualiti Besar-Besaran Jika BN Tadbir Kelantan

Kerajaan akan melaksanakan program perumahan berkualiti secara besar-besaran di Kelantan jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat mentadbir negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan BN mempunyaikemampuan untuk melaksanakan projek seumpama itu demi kesejahteraan rakyat Kelantan.

Read the rest of this entry

Perbezaan Antara Kebajikan Perdana Menteri Malaysia Dengan Berkebajikan Pas

Sempena lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Kelantan, beliau telah memperkenalkan konsep kebajikan yang sebenar sebagai seorang pemimpin yang ingin menjaga rakyat.

Malah kepimpinan ini wajar dicontohi Pas dalam melatih golongan muda kerana kriteria seumpama itu semakin berkurangan.

Lebih malang, soal kebajikan masjid oleh pemimpin Pas Kelantan tidak dipedulikan sehingga rakyat terpaksa meminta daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Read the rest of this entry

Sepupu Nik Aziz Tidak Percaya Lagi Dengannya Dan Menyertai UMNO

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat Kelantan kini mula kembali menyokong Barisan Nasional (BN) setelah 2,800 ahli Pas menyertai UMNO di daerah Pasir Puteh.

Beliau berkata, antara ahli-ahli Pas yang menyertai UMNO itu ialah “Sepupu” kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Raja Abdullah Raja Mahmud.

Read the rest of this entry

Ramalan Mengatakan PAS Akan Kalah Teruk Pada PRU13?

Pas diramalkan kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 sekiranya bertegas mahu berkomplot dengan dalang utama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S.Ambiga untuk mengadakan perhimpunan haram 9 Julai ini.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, kekalahan Pas itu bukan sesuatu yang mustahil memandangkan orang Melayu sudah muak dengan parti tersebut.

Read the rest of this entry

Kajol Penyanyi Tersohor di Kelantan Dambakan DAKWAH Nik Aziz

Kontroversi membabitkan penyanyi mak nyah tersohor Kelantan, Kajol, 25, kini memasuki episod baru apabila dia disiasat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) akibat keceluparannya mengaku bukan Islam ketika dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah, 21 Jun lalu.

Pegawai JAHEAIK Jajahan Tanah Merah, Nik Ahmad Zuhdi Nik Yaacob berkata, tindakan itu diambil selepas mendapati penyanyi yang terkenal dengan lagu berentak Bollywood itu melakukan kesalahan serius apabila mengaku bukan Islam.

Read the rest of this entry