Blog Archives

Kejatuhan PAS, PKR, DAP Kini Sudah Bermula

Kegagalan perhimpunan haram bersih memberi isyarat positif kepada Barisan Nasional (BN) kerana rakyat yakin kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Manakala bagi pembangkang, ia memberi isyarat negatif bahawa DAP, PKR dan Pas akan kalah teruk pada pilihan raya umum ke 13 nanti.

Read the rest of this entry

Peniaga Pasar Pasir Puteh Mendesak Pas Tunaikan Janji, Pas Membuat Janji 15 Tahun Lalu

Sudah 15 tahun penantian lebih 400 peniaga kecil yang menjalankan perniagaan dalam Pasar Besar Pasir Puteh menunggu kerajaan Pas Kelantan menunaikan janji mereka untuk membina pasar baru.

15 tahun adalah satu masa yang amat lama untuk mendapatkan pasar yang lebih moden dan Pas asyik mencanangkan idea itu di dalam akhbar Sinar Harian seolah-olah ia adalah projek baru.

Sejauh manakah Pas akan menipu rakyat Kelantan dalam isu itu sehinggakan rakyat sudah jemu dengan janji kosong pemimpin yang melaungkan dasar berkebajikan.

Read the rest of this entry

Timbalan Menteri Besar Kelantan Cuba Tutup Malu Sifat Tamak Pas

Setelah desakan pelbagai pihak kerana mengenakan bayaran parking di Stadium Sultan Mohammed IV, kerajaan Pas Kelantan cuba menutup sifat tamak mereka dengan mengatakan bayaran itu masih di peringkat cadangan.

Biarpun sudah banyak wang dikutip, namun dengan selambanya Pas mampu memberi penjelasan yang kurang memuaskan hati semua pihak.

Rakyat Kelantan, khususnya warga Bandar Kota Bharu tidak perlu bimbang berhubung cadangan mewujudkan ‘metro parking’ di bandar ini kerana ianya masih di peringkat kajian.

Pengerusi Perbadanan Stadium Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata  sehingga kini kerajaan negeri masih lagi mengkaji sejauh mana kesannya kepada masyarakat sekiranya perkara itu diadakan.

Read the rest of this entry

Negara Kebajikan Hadiah Untuk Rakyat Kelantan

Penyokong Kelantan memohon penjelasan rasional daripada Kerajaan Negeri dengan tindakan membenarkan “charge parking” di perkarangan stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.

Tanpa angin dan ribut, dapat dilihat pembinaan rancak pihak Metro Parking membuat pondok di kawasan stadium.

Tindakan ini nyata mengundang masalah tidak puas hati segelintir pihak terutamanya para penianga akan sebab-sebab pihak Metro Parking diberi hak mengenakan bayaran kepada kenderaan yang masuk ke kawasan stadium. Bagi mereka, mengenakan bayaran parking di kawasan ini membuatkan ramai pihak tidak lagi memilih kaawasan ini untuk aktiviti santai serta menjamu selera di medan usahawan.

Secara tidak langsung ia menjejaskan rezeki mereka yang bergantung harap kepada kehadiran orang ramai.

Read the rest of this entry

PAS Perlu Jelaskan Kepada Rakyat Konsep Negara Berkebajikan

PAS perlu memperjelaskan dan menghuraikan konsep negara kebajikan yang akan diamalkan oleh parti itu kepada rakyat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Katanya PAS perlu perjelaskan konsep itu kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja sudah lama mengamalkan konsep negara kebajikan sebaliknya mempunyai nilai tambah iaitu transformasi ke arah negara maju menjelang 2020. Read the rest of this entry