Blog Archives

"Kita Mahu Kerajaan Pas Kelantan Senaraikan Semua Nama Syarikat Yang Terlibat Dan Senaraikan Semua Nama Penerima Program Ladang Rakyat,"

Pergerakan Pemuda UMNO negeri mengulangi desakan terhadap kerajaan Pas Kelantan supaya mengeluarkan kertas putih berhubung isu Ladang Rakyat yang kini semakin serius.

Bendaharinya, Datuk Bazlan Baharuddin bagaimanapun menjelaskan, pihaknya sama sekali tidak terlibat dengan perhimpunan aman yang disertai kira-kira 500 masyarakat Orang Asli di hadapan Pejabat Tanah dan Daerah Gua Musang pada pagi ini.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gua Musang berkata, tindakan masyarakat Orang Asli itu adalah luahan hati mereka sendiri yang kian terhimpit disebabkan tanah adat mereka diambil untuk aktiviti pembalakan, Ladang Rakyat dan perlombongan.

“Demonstrasi Orang Asli ini dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mereka sendiri dan tidak ada kena mengena dengan kami seperti didakwa Pas kerana mereka makin tertekan dan hilang punca pendapatan disebabkan masalah ini. Read the rest of this entry

Advertisements