Kajol Penyanyi Tersohor di Kelantan Dambakan DAKWAH Nik Aziz

Kontroversi membabitkan penyanyi mak nyah tersohor Kelantan, Kajol, 25, kini memasuki episod baru apabila dia disiasat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) akibat keceluparannya mengaku bukan Islam ketika dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah, 21 Jun lalu.

Pegawai JAHEAIK Jajahan Tanah Merah, Nik Ahmad Zuhdi Nik Yaacob berkata, tindakan itu diambil selepas mendapati penyanyi yang terkenal dengan lagu berentak Bollywood itu melakukan kesalahan serius apabila mengaku bukan Islam.

“Segala bukti mengenai pengakuan penyanyi itu sudah diperoleh dan fail siasatan mengenainya sudah dibuka dan dihantar ke ibu pejabat JAHEAIK.

“Kami mengambil tindakan segera membuka fail siasatan kerana Kajol secara sedar mengaku bukan Islam walaupun pada pengenalan dirinya menunjukkan agamanya Islam,”

Sebelum ini, muka depan Harian Metro melaporkan, Kajol atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Jeffri dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 atau lima bulan penjara.

Ia jika tertuduh gagal membayar denda selepas mengaku salah terhadap pertuduhan berperwatakan seperti wanita dan berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai ketika mengadakan persembahan di sebuah tapak ekspo di Tanah Merah, 15 April lalu.

Bagaimanapun, hukuman itu ditangguhkan selepas Kajol merayu semua hukuman dijatuhkan ke atasnya dikemukakan semula kepada Mahkamah Tinggi Syariah untuk dibicarakan semula pada prosiding akan datang.

Kajol yang berseluar jeans biru dan berbaju panjang berwarna hitam mengaku salah atas pertuduhan serta fakta kes dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Syarie, Aris Fadhilah.

Ketika nasihat diberikan, Kajol dilihat menyampuk dengan berkata: “Saya bukan orang Islam, tetapi Orang Asli”, menyebabkan hakim bertegas kerana dokumen dikemukakan di hadapannya mengesahkan Kajol beragama Islam.

Menurut Nik Ahmad Zuhdi, beliau tidak dapat mengulas lanjut kerana kes berkaitan Kajol sedang disiasat.

“Apa yang penting, kami sudah buka fail siasatan dan penyanyi itu akan disiasat atas perbuatannya,”

Sebelum dijatuhi hukuman itu, Kajol pernah mencetuskan kontroversi apabila mengaku lebih rela mati daripada berubah menjadi lelaki sejati.

Terompah berkata: Nik Aziz tok payoh bersusah-susah berlakon nok dakwahkan fok-fok kafir DAPig tu.., kain Pok Nik sendiripun tokleh nok jaga dengan molek…

Di Kelate sendiri pun masih tok “BERSIH dan CUCI” banyok lagi sarang-sarang maksiat yang tengoh duk operasi secara bebas disana-sini…

Pok Nik Nyanyok doh merentoh lebih 20 tahun… Negeri Kelantan lebih teruk dari apa yang di sangkakan oleh mereka-mereka yang tinggal luar dari Negeri Kelantan terutamanya bukan Anak Jati Kelantan…


Indah khabar dari rupa…

About ayamteropong

This blog is in created with the aim to uphold justice, the defense on the fate of the people who suppress and current issues and political news.

Posted on July 1, 2011, in Adun Pas, Nik Ajis, Orang Asli, Pas, Pas Kelantan, Pemuda Pas and tagged , , , . Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. Would you be occupied with exchanging hyperlinks?

    • Terompah Besi ™

      Not a problem for me to switch between the ideal and links. I’m ready to cooperate in the exchange of ideals and welcome. Thank you for your willingness to share with me in virtual space…

Leave a comment